Jenazah Ismail Haniyeh dikebumi di Doha hari ini

Jenazah Ismail Haniyeh bersama pengawal keselamatannya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir

8:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang mati dibunuh dalam serangan di Tehran, Iran, kelmarin akan dikebumikan di Doha, Qatar hari ini.

Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Terdahulu jenazah Ismail bersama pengawal keselamatannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi upacara pengebumian.

Iran yang berkabung selama tiga hari sehingga hari ini berikutan kematian Ismail, mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi Hamas itu, semalam.

Ribuan hadir di majlis berkenaan dengan acara tersebut turut disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen di Iran dan Jordan.

Hamas sebelum ini mengesahkan Ismail dan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu di kediamannya di Tehran, kelmarin.

Ismail, 62, berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian di Tehran, sehari sebelum itu.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu tetapi ia disyaki dilakukan tentera Israel, yang berikrar untuk membunuh Ismail dan pemimpin Hamas lain berhubung serangan kumpulan itu pada 7 Oktober lalu.

Televisyen Iran melaporkan kematiannya pada awal pagi kelmarin dan penganalisis sudah mula menyalahkan Israel atas serangan itu.

Tentera Israel sebelum ini memberitahu CNN bahawa mereka ‘tidak memberikan maklum balas’ terhadap laporan dalam media asing,” selepas media Iran melaporkan kematian Ismail. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related