Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1722581992:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 220750
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:144:"Kursus terbabit adalah program tertutup khusus untuk guru agama dakwah terpilih daripada JAIPk, malah tidak membabitkan amalan upacara keagamaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kursus dakwah harmoni
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 204
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750776339";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750776339
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kursus Dakwah Harmoni tidak ancam akidah, tohmahan berniat jahat: Na’im | Scoop

Kursus Dakwah Harmoni tidak ancam akidah, tohmahan berniat jahat: Na’im

Kursus terbabit adalah program tertutup khusus untuk guru agama dakwah terpilih daripada JAIPk, malah tidak membabitkan amalan upacara keagamaan

2:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya Kursus Dakwah Harmoni mengundang ancaman terhadap akidah anak bangsa, adalah tohmahan tidak benar dan bukan bersandarkan fakta sebenar.

Kesal dengan tohmahan dikatakan dibuat seorang ahli politik itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, dakwaan terbabit hanya bertujuan memburukkan imej kerajaan.

Tegasnya, tohmahan itu juga bagi memberi implikasi buruk terhadap komitmen kerajaan dalam menjayakan agenda mengukuhkan kedudukan Islam serta pembangunan ummah di Malaysia.

Beliau berkata, hakikatnya, kursus anjuran Global Unity Network Unity (Unity) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu adalah program tertutup.

Menurutnya, kursus itu dianjurkan khusus untuk guru agama dakwah terpilih daripada Jabatan Agama Islam Perak.

“Program berkala itu sebahagian dari siri latihan peningkatan kefahaman dan kemahiran dakwah, (dengan) bermatlamat meningkatkan kepakaran dakwah kepada guru bagi membolehkan mereka, memberikan kefahaman sebenar mengenai ilmu berkaitan agama lain dan perbandingannya kepada komuniti serta generasi muda.

“Lawatan Harmoni Terbimbing program itu dibimbing Encik Shah Kirit Kakulal Govindji yang mempunyai kepakaran dalam perbandingan agama.

“Lawatan ini dijalankan di pusat ibadah bukan Islam adalah satu daripada aktiviti pendidikan terkawal bagi mencapai objektif kursus dilaksanakan,” katanya.

Na’im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dimaklumkan sepanjang lawatan itu, tiada penglibatan dalam amalan upacara keagamaan.

“Ia bukan program terbuka kepada umum kecuali untuk peserta yang sudah terlatih dalam bidang dakwah dan perbandingan agama.

“Program ini juga memberi ruang dan peluang kepada guru agama dakwah berdialog serta menyampaikan mesej agama Islam yang sebenar dan sejagat, demi memelihara kesejahteraan serta keharmonian tamadun insan.

“Malah, penganjuran kursus terbabit menerusi pendekatan dialog antara tamadun bukan inisiatif baru, tetapi dilaksanakan dengan jayanya sejak lima tahun lalu,” katanya.

Justeru, Na’im menyeru umat Islam agar tidak terpengaruh dan menolak tohmahan dilemparkan pihak tertentu yang berniat jahat, bertujuan memecahbelahkan keharmonian serta usaha perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Sesungguhnya negara kita memerlukan lebih ramai guru agama dakwah berilmu dan berkepakaran tinggi dalam bidang ilmu agama dan perbandingannya.

“(Ia) demi memelihara jati diri aqidah dan sahsiah, terutama dalam kalangan generasi muda serta masyarakat Islam,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan sekumpulan peserta dewasa lelaki dan wanita mengenakan pakaian bertemakan warna bendera Perak di Kuil Sri Maha Kaliamman di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, video itu mencetuskan pelbagai perdebatan dan kerisauan netizen apabila ada pihak mengaitkan ada persamaan di antara Islam dengan Hindu.

Lantaran itu, mereka mempersoalkan apakah agenda program yang dilakukan JAIPk berkenaan dan apakah tiada teguran daripada menteri berkaitan serta mufti berhubung perkara terbabit.

Susulan situasi itu, Unity menerusi kenyataan memohon maaf sekiranya terdapat salah tanggapan mana-mana pihak berhubung penganjuran kursus berkenaan. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related