Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1722584855:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 168
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 220770
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:143:"Wan Saiful berkata, sepatutnya apabila berlaku perbezaan ia perlu diselarikan atau diselaraskan untuk jadi pegangan gabungan secara keseluruhan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Pas
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749528726";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:21;i:2;i:4;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749765922";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749765922
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
PAS sombong dalam PN? Itu cuma salah faham dan beza pandangan: Wan Saiful | Scoop

PAS sombong dalam PN? Itu cuma salah faham dan beza pandangan: Wan Saiful

Wan Saiful berkata, sepatutnya apabila berlaku perbezaan ia perlu diselarikan atau diselaraskan untuk jadi pegangan gabungan secara keseluruhan

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Perang mulut’ antara PAS dan Gerakan susulan isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah vernakular bukan bermakna parti Islam itu bersikap ‘sombong’ kerana menguasai kerusi dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sebaliknya ia adalah realiti dalam gabungan yang masih muda seperti PN yang mana akan berlaku perbezaan pandangan.

“Sebenarnya tidak wujud kesombongan seperti dituduh ini, apa yang ada kita suarakan pandangan parti masing-masing, mungkin apabila disuarakan terbuka maka jadilah salah faham dan bagi saya ini boleh diselesaikan.

“Isu bermula iklan arak, kemudian kita ‘menari’ dengan isu dibawa pihak lain hingga merebak kepada isu siapa yang boleh bagi sumbangan dana dan kemudian siapa yang patut keluar daripada PN. Ini dah terkeluar daripada ‘skrip’ asal isu itu.

“Sepatutnya fokus kepada isu sebenar iaitu ada syarikat arak mengiklankan logo mereka dalam majlis di sekolah, adakah ini yang kita mahu?” Soalnya dalam pertemuan bersama media di pejabatnya hari ini.

Wan Saiful berkata, sepatutnya apabila berlaku perbezaan ia perlu diselarikan atau diselaraskan untuk jadi pegangan gabungan secara keseluruhan.

“Untuk elak ada tuduhan PAS jadi bongkak, takbur, untuk elak berleluasa, ini memerlukan perbincangan pucuk pimpinan atasan.

“Dan perlu sedikit disiplin iaitu supaya benda yang boleh disebut dalam mesyuarat, benda yang patut diumumkan sahaja yang kita umumkan, kalau tak, akan timbul salah faham,” katanya.

Selain itu beliau berkata, mesyuarat pucuk pimpinan PN juga diadakan secara berkala dan kerap dan mungkin boleh ditambah baik dengan perbincangan mengenai dasar dan polisi yang perlu dijadikan agenda tetap.

“Baik dalam mesyuarat PN atau di peringkat parti Bersatu, yang lebih penting jika isu berbentuk dalaman, pemimpin yang ada ini bincang secara dalaman,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Gerakan tidak perlu mengugut untuk keluar daripada PN, sebaliknya mereka boleh meninggalkan gabungan itu jika sudah tiada lagi persefahaman.

Sanusi berkata, beliau bukan angkuh tapi hanya mengulas kenyataan dikeluarkan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.

Katanya, PAS bersedia berbincang kemelut yang tercetus dalam mesyuarat bulanan PN bulan ini.

Sebelum ini, Tong Keong dilaporkan berkata, parti itu tidak teragak-agak keluar daripada PN dan kekal teguh menyokong serta mempertahan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related