Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1722665126:13
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 220927
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:127:"Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada penyedia perkhidmatan berkenaan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => media sosial
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 206
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752784901";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:19;i:2;i:11;i:1;i:20;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752784901
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Penyedia platform media sosial setuju untuk dilesenkan: Fahmi | Scoop

Penyedia platform media sosial setuju untuk dilesenkan: Fahmi

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada penyedia perkhidmatan berkenaan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen

12:51 PM MYT

 

PUCHONG – Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial secara dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan pada pertemuan dan sesi libat urus bersama beberapa penyedia perkhidmatan itu di Singapura, baru-baru ini.

Bagaimanapun Fahmi berkata setakat ini masih belum ada penyedia perkhidmatan berkenaan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen.

“Belum lagi (terima permohonan) sebab kita baru umum 1 Ogos lepas (kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial).

“(Sekarang) proses libat urus dan saya baru balik dari Singapura bertemu semua platform. Saya percaya berdasarkan pertemuan dan perbincangan saya dengan platform, mereka telah nyatakan kesediaan secara dasar untuk dilesenkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Anak Muda Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di sini hari ini.

Pada 27 Julai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial diperkenal bermula 1 Ogos, bagaimanapun ia tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan.

Fahmi berkata penyedia perkhidmatan media sosial dan sistem pesanan Internet juga, dilihat bersedia dengan kerangka kawal selia yang diperkenalkan oleh kerajaan itu. 

“Mereka telah bersedia, mereka faham Malaysia pasaran yang amat penting. Rakyat Malaysia secara purata setiap bulan menggunakan 30 hingga 50 GB data, jumlah yang besar kalau banding negara lain,” katanya.

Ditanya adakah kerajaan akan menutup platform media sosial jika ia tidak dilesenkan, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat menutup atau menggantung mana-mana platform yang ada selagi mana tidak melanggar undang-undang negara.

Fahmi turut mendedahkan perlakuan jenayah telah migrasi dan berpindah ke alam siber dan penjenayah menggunakan platform media sosial, untuk menipu rakyat Malaysia.

“Saya bagi contoh perkara cukup membimbangkan ada cuba jual bayi dalam TikTok. Jualan bayi di TikTok. Bila tanya TikTok baru nak ambil tindakan,” katanya.

Selain memperkenalkan aspek perlesenan, Fahmi berkata satu jerayawara atau jelajah kempen keselamatan dalam talian akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita juga akan gubal sejumlah undang-undang seperti undang-undang keselamatan dalam talian dan melaksanakan beberapa perkara lain termasuk mulakan satu jerayawara… kita nak rakyat gunakan Internet dengan baik dan selamat, kita nak (penyedia) platform (juga) lebih bertanggungjawab,” katanya.

Mengenai dakwaan MCMC tidak mengadakan sesi libat urus dengan pihak pembangkang, beliau menafikan perkara tersebut dan memaklumkan sesi libat urus telah diadakan sebanyak tiga kali.

“Saya difahamkan pihak MCMC akan buka sesi libat urus (seterusnya) setelah beberapa perkara diputuskan secara dalaman dari segi proses dan garis masa. Ini diumumkan pada pertengahan minggu hadapan oleh MCMC sendiri,” katanya. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

RM100 fine for cyberbullying: an inadequate penalty? – Farah Solhi 

As Esha’s death triggers public outrage, AGC should explain why Shalini Periasamy was charged under Section 14 of the Minor Offences Act instead of acts carrying heavier punishments

Anwar says UAE trip successful as RM40.6 bil in investments secured

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has described his visit to the United Arab Emirates as fruitful, successfully securing investment commitments amounting to RM40.6 billion.

Ahmad Dusuki demands Fahmi’s apology for mosque talk

Independent preacher Ahmad Dusuki Abd Rani is unfazed by the letter of demand sent to him today by Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil, saying that he is ready to face the matter head-on.

Related