2 maut letupan kapal berhampiran pelantar minyak, seorang lagi cedera

Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut

1:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu, Sarawak.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.57 tengah malam tadi.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati ketiga-tiga mangsa yang terlibat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kami menerima panggilan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membantu dalam urusan rawatan terhadap mangsa terlibat.

“Difahamkan ketiga-tiganya adalah mangsa insiden letupan kapal dan dalam hal ini kami hanya membantu pihak KKM menguruskan kecederaan mangsa terlibat,” katanya seperti dilaporkan Utusan Sarawak.

Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Setakat ini, identiti mangsa yang maut hanya dikenal pasti sebagai Muhamad Firdaus dan George manakala mangsa cedera adalah Ahmad Zahid. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related