Letupan kapal: Hanya tinggal beberapa hari Firdaus nak balik kampung, rakan kongsi khabar duka

Jenazah Firdaus masih berada di Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat dan akan dibawa pulang ke Parit Jay, Bagan Serai, Perak esok

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang mangsa yang maut dalam letupan di bilik enjin sebuah kapal dekat pelantar minyak di Bintulu, Sarawak malam tadi disahkan sebagai pembantu jurutera berasal dari Perak, Muhammad Firdaus Abdul Fatah, 36.

Seorang rakan mangsa, Wan Kamal Abas berkongsi berita sedih itu di Facebook miliknya, hari ini.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Terasa amat terpukul dengan perkhabaran yang diterima pada pagi ini.

“Dia merupakan salah seorang mangsa terkorban dalam kejadian kemalangan di tempat kerja di laut Sarawak pada tengah malam tadi,” katanya.

Menurutnya, Firdaus yang gemar hiking bersama sepatutnya pulang ke kampung halamannya di Bagan Serai, Perak dalam masa terdekat.

“Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dia pulang ke kampung, namun apakan daya Allah SWT lebih menyayanginya.

“Aku dah tak tau nak tulis apa dan hilang kata-kata,” katanya.

Dalam pada itu, khabar duka tersebut turut dikongsi dalam grup Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku yang memaklumkan arwah meninggalkan isteri dikenali sebagai Siti Rashidah.

“Salam takziah kepada ahli keluarganya khususnya ibu dan isterinya atas kehilangan insan disayangi Muhammad Firdaus Abdul Fatah.

“Semoga adik Shidah tabah dan sabar serta reda atas kehilangan suami tersayang,” katanya.

Difahamkan jenazah Firdaus masih berada di Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat dan akan dibawa pulang ke Parit Jay, Bagan Serai, Perak esok.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Nixon Joshua Ali mengesahkan dua maut manakala seorang cedera parah dalam letupan di bilik enjin kapal Supply Amara di perairan Samalaju, Bintulu, malam tadi.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenal pasti seorang pembantu jurutera berasal dari Perak berusia 36 tahun dan seorang lagi kelasi dari Sarawak berusia 24 tahun.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah akibat melecur teruk berasal dari Sabah berusia 22 tahun.

Katanya, dalam kejadian jam 10.40 malam tadi, seramai 16 kru berada di kapal tersebut. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related