Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1722741929:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_5d6f03f2d2149930e2e3082691630e77] => Array
        (
            [0] => 
Kes culik Albertine: Suspek disambung reman 6 hari
) [_oembed_time_5d6f03f2d2149930e2e3082691630e77] => Array ( [0] => 1722740374 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 221081 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 33 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => 1 ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:169:" Ia bagi membantu siasatan susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek dekat Kulai.";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Culik Albertine ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Polis membuat tangkapan semula ke atas seorang suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, hari ini ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 67 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 3 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count] => Array ( [0] => 201 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748433181";s:5:"count";i:3;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:3;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748114726";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1748433181 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 3 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 3 ) [_wp_old_slug] => Array ( [0] => culik-albertine-suspek-kelima-ditahan-semula-memiliki-bahan-lucah ) [_stopmodifiedupdate] => Array ( [0] => 1 ) [_modified_date] => Array ( [0] => ) [footnotes] => Array ( [0] => ) )
Culik Albertine: Suspek kelima ditahan semula, miliki bahan lucah | Scoop

Culik Albertine: Suspek kelima ditahan semula, miliki bahan lucah

Ia bagi membantu siasatan susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek dekat Kulai.

11:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis membuat tangkapan semula ke atas seorang suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, hari ini.

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, ia bagi membantu siasatan susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek dekat Kulai.

Menurutnya, suspek berusia 31 tahun itu adalah suspek kelima kes penculikan Albertine yang ditahan kira-kira jam 4.45 pagi, 23 Julai lalu, di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor, ketika polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan berkenaan di lokasi berkenaan.

“Hari ini kita sahkan membuat tangkapan semula ke atas seorang lelaki warga tempatan yang sebelum ini ditangkap berhubung kejadian culik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di kawasan Eko Galleria yang berlaku pada 29 Julai lalu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 50 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tiga tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Katanya, suspek dijangka dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman.

Terdahulu, tempoh reman suspek yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan itu tamat hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebelum tangkapan semula dibuat.

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, jika disabit kesalahan, suspek berusia 31 tahun itu boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 50 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya. – Gambar Bernama, 4 Ogos, 2024

Suspek sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari sebelum disambung enam hari lagi bagi siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak -kanak 2017.

Empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum itu direman empat hari sehingga 26 Julai lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman terhadap mereka tidak disambung.

Albertine disedari hilang oleh bapanya pada kira-kira jam 8.30 malam, 20 Julai lalu ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Susulan laporan polis dibuat bapa mangsa pada tengah malam 21 Julai lalu berhubung kehilangannya, polis berusaha menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negara.

Malah, kes itu turut diklasifikasikan semula daripada kehilangan kepada melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Kanak-kanak itu ditemukan selamat pada 23 Julai lalu di Batang Kali.

Dalam kenyataannya pada sidang akhbar berhubung penemuan mangsa, Kumar berkata, kanak-kanak terbabit ditemukan di sebuah premis hotel murah bersama suspek pada kira-kira jam 4 pagi. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Photo of the day: Hands on with work and family

Tailor Nora Ronas works overtime to meet customers’ orders for new “baju raya” ahead of Hari Raya Aidilfitri in about two minggu. With many jam spent at work, she keeps her children close by at her shop in Keramat Mall.

Minister v podcast: Hannah Yeoh’s public feud sparks debate on sponsored content ethics

Sports minister has criticised Gintell for sponsoring episode of Keluar Sekejap pod, hosted by Shahril Hamdan and Khairy Jamaluddin

Photo of the day: Of leaky pipes, dry taps, and wet boots

A scene of leaking pipes, water puddles and a lurking worker at Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Air Selangor technicians are captured skilfully tackling a leaky pipe as they tend to numerous complaints of water supply disruption across the country’s capital.

Related