Kebun kejiranan Taman Perwira, ubah lorong belakang jadi kebun indah

Kebun itu kelihatan menarik dengan tanaman sayur-sayuran dan pokok hiasan malah penduduk sanggup berkongsi wang untuk menjayakannya

1:03 PM MYT

 

GOMBAK – Bermula sebagai hobi, penduduk di Taman Perwira, di sini, kini boleh berbangga kerana kebun kejiranan yang diusahakan mereka sejak empat tahun lalu bukan sahaja sudah membuahkan hasil malah merapatkan hubungan sesama jiran.

Salah seorang penduduk yang ditemui Scoop, Aida Haniza Adnan, 56, berkata, idea untuk mewujudkan taman komuniti di lorong belakang rumah itu dicetuskan oleh suaminya, Iqmal Fajri Danial, 56, yang juga seorang pesara, bagi mengindahkan kawasan belakang rumah mereka.

Kata Aida Haniza Adnan, idea untuk mewujudkan taman komuniti di lorong belakang rumah itu dicetuskan oleh suaminya, Iqmal Fajri Danial yang juga seorang pesara, bagi mengindahkan kawasan belakang rumah mereka. – Halim Salleh/Scoop, 11 Ogos, 2024

“Ia merupakan aktiviti untuk warga pencen ‘give back to the community’. Bermula dari September 2021 hingga Januari lalu, projek ini berjaya dilaksanakan dalam lima fasa dengan 50 rumah terlibat secara aktif dalam Garden 8, melibatkan semua peringkat keluarga dan umur,’’ katanya.

Menurut Aida, lorong selebar tiga meter itu tersebut sebelum ini sukar untuk dilalui oleh penduduk, malah menjadi tempat ‘tinggal binatang liar dan berbisa.

“Kawasan perumahan ini sudah wujud sejak 1967, masa itu pemaju tidak ada garis panduan yang betul untuk bina kawasan. Bermula pada 2014, garis panduan mula dibuat,” katanya.

Meskipun penduduk menggunakan lorong belakang, namun aspek keselamatan diambil berat termasuk ketika kecemasan di mana ia mempunyai laluan khas yang boleh diakses oleh Bomba. – Halim Salleh/Scoop, 11 Ogos, 2024

Kebun itu kelihatan menarik dengan tanaman sayur-sayuran dan pokok hiasan malah penduduk sanggup berkongsi wang untuk menjayakannya.

Meskipun penduduk menggunakan lorong belakang, namun Aida berkata aspek keselamatan diambil berat termasuk ketika kecemasan di mana ia mempunyai laluan khas yang boleh diakses oleh Bomba.

“Ramai yang mempertikaikan mengenai aspek keselamatan ekoran kebimbangan bomba tidak boleh memasuki lorong itu pada waktu kecemasan, namun kami telah merancang laluan khas yang membolehkan bomba melalui kawasan belakang rumah.

“Jika berlaku kebakaran, bomba boleh menyalurkan hos ke pili bomba yang terletak di hadapan beberapa rumah dan setiap kawasan dibekalkan dengan alat pemadam api sebagai langkah keselamatan tambahan. Jadi, faktor keselamatan persekitaran telah diambil kira dari pelbagai sudut,’’ katanya.

Sairul Hasan
Menurut Sairul Hasan, terdapat 40 tong yang boleh menyimpan 6,000 liter air bagi menyiram tanaman dan sisa dapur dijadikan sebagai baja kompos. – Halim Salleh/Scoop, 11 Ogos, 2024

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Sairul Hasan, 45, berkata, terdapat 40 tong yang boleh menyimpan 6,000 liter air bagi menyiram tanaman dan sisa dapur dijadikan sebagai baja kompos.

Lampu solar, katanya turut digunakan bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa terang dan ia juga menjimatkan.

“Penjagaan pokok dijalankan secara organik dan bagi menggantikan racun kimia, kami menggunakan bahan organik seperti cuka kayu, bawang putih dan cili padi sebagai bahan pengganti racun.

Antara yang ditanam adalah peria katak, terung, bayam Brazil, bendi, daun kunyit, lengkuas, daun kari dan bunga telang yang digunakan untuk membuat minuman serta makanan bagi keperluan harian. – Halim Salleh/Scoop, 11 Ogos, 2024

Sementara itu, Lela Mohd Yunos, 45, pula berkata, aktiviti penanaman dan hasil penjualan turut dinikmati penduduk Garden 8 dan ia mencukupi untuk kegunaan setiap penduduk di lorong tersebut.

“Peria katak, terung, bayam Brazil, bendi, daun kunyit, lengkuas, daun kari dan bunga telang digunakan untuk membuat minuman dan makanan, yang cukup untuk keperluan harian.

“Pokok-pokok ini turut dijual di Pasar Pagi, yang diadakan sebulan sekali pada setiap hari Ahad terakhir setiap bulan,’’ katanya.

Kebun komuniti yang diusahakan di lorong belakang bukan sahaja mencantikan kawasan kejiranan di Taman Perwira, malah mewujudkan suasana selamat. – Halim Salleh/Scoop, 11 Ogos, 2024

Bagi Pathma Armugam, 52, pula, walaupun dia mempunyai pekerjaan sepenuh masa namun aktiviti kebun kejiranan ini tidak pernah membebankannya.

Malah, Pathma berkata, jiran-jiran sentiasa membantu malah kebun kejiranan ini menggunakan kawasan terbiar di belakang rumah mereka. – 11 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related