Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1722903269:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 110
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 221495
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:114:"Katanya, ia memandangkan isu berkenaan masih belum dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Mat Sabu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 46
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749648210";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749238062";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749648210
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Isu tuntutan kerusi DUN Mahkota tidak perlu dibincang melalui media: Mohamad Sabu | Scoop

Isu tuntutan kerusi DUN Mahkota tidak perlu dibincang melalui media: Mohamad Sabu

Katanya, ia memandangkan isu berkenaan masih belum dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan

8:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta supaya isu tuntutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tidak perlu dibincangkan melalui media.

Beliau berkata, ia memandangkan isu berkenaan masih belum dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan.

“Saya ambil maklum tuntutan kerusi DUN Mahkota oleh akar umbi Amanah yang sudah diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain Jumaat lalu.

“Saya menegaskan bahawa isu tuntutan kerusi DUN Mahkota ini tidak perlu dibincangkan melalui media, memandangkan isu ini masih belum dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad berkata, semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan, terutama ahli Amanah diseru untuk memberikan tumpuan penuh kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri yang sedang dipertandingkan.

“Amanah terus komited kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Amanah Kluang dilaporkan mendesak supaya parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota.

Ketua Amanah Kluang, Mohd Zuhan Mohd Zain dilaporkan berkata, ia berikutan parti itu pernah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan turut bertanding di situ pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 2022.

Bagaimanapun, Pemuda Umno Johor menyifatkan tindakan Amanah menuntut kerusi DUN Mahkota pada pilihan raya akan diadakan nanti, sebagai gelojoh dan tamak.

Menurut Ketua Pemudanya, Noor Azleen Ambrose, Amanah juga dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga dan waris Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah., malah sikap ditunjukkan kepimpinan parti berkenaan di Kluang hanya menzahirkan kiblat kuasa, tanpa meletakkan sempadan nilai simpati dalam amalan berpolitik.

Sharifah Azizah meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota itu dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.

Beliau adalah bekas Ketua Wanita Umno Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Susulan kematian Allahyarhamah, Speaker DUN, Datuk Mohd Puad Zarkashi memaklumkan, pihaknya menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Mahkota kepada SPR untuk membuat tindakan selanjutnya. – 6 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related