Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1723022903:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 221825
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:125:"Perkara itu diwujudkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai Murni atas dasar keperluan pengurusan hal ehwal Islam";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 157
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Jakim
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749452907";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750011486";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750011486
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Dakwaan Siti Kasim tidak tepat, penempatan pegawai Jakim di agensi kerajaan bermula 1982 | Scoop

Dakwaan Siti Kasim tidak tepat, penempatan pegawai Jakim di agensi kerajaan bermula 1982

Perkara itu diwujudkan selaras dengan pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai Murni atas dasar keperluan pengurusan hal ehwal Islam

5:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan peguam, Siti Kasim bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempatkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di agensi kerajaan walaupun perkara itu tidak pernah dilakukan pentadbiran sebelum ini, adalah tidak tepat.

Unit Komunikasi Korporat Jakim menegaskan, perjawatan Pegawai Hal Ehwal Islam jabatan itu diwujudkan di kementerian atas dasar keperluan pengurusan hal ehwal Islam.

Tegasnya, perkara itu selaras dengan pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai Murni semenjak awal tahun 80 an.

“Dasar terbabit kemudiannya dikenali dengan nama Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam (1985) dan Etika Kerja Islam (1987).

“Penempatan pegawai Jakim bermula pada 1982 sebagai Atase di London dan Indonesia.

“Seterusnya penempatan di Jabatan Pertanian, Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk beberapa agensi kerajaan lain,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Siti menerusi Podcast The Zaid Ibrahim, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa peranan dan fungsi Jakim.

Siti mendakwa Perdana Menteri zaman ini, menempatkan pegawai Jakim di agensi kerajaan yang menurutnya tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Menurutnya, pada 2001, Pekeliling Am Kerajaan berkaitan Garis Panduan Bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam dilancarkan.

Bagi tujuan pengukuhan, katanya, pada 2007, kerajaan memperkenalkan pula Pendekatan Islam Hadhari.

Kenyataan itu memaklumkan, bagi melancarkan pelaksanaannya, pegawai Jakim ditempatkan di semua kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan, termasuk beberapa agensi perkhidmatan di peringkat negeri.

“Kerajaan sentiasa memelihara dan melindungi Islam serta kesuciannya, selaras dengan pengiktirafan diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada Islam sebagai agama bagi Persekutuan menurut Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Manakala berkaitan dengan isu RUU (Rang Undang-Undang) 355 yang ditimbulkan, Jakim sudah perjelaskan perkara ini dalam pelbagai platform,” katanya.

Ujarnya, usaha untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] sudah dilaksanakan sejak 2004.

Cadangan dasar pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, katanya, dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Ogos 2022.

Bagaimanapun, tegasnya, cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak sempat dibentangkan di Parlimen berikutan perubahan kerajaan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pada masa ini, kerajaan masih meneruskan usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan tujuan meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah, selaras hasrat untuk menaik taraf Mahkamah Syariah melalui penggubalan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,” katanya. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related