Neelofa fail notis pemberhentian saman ke atas CEO Eleanoor

Notis pemberhentian itu difailkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 35, menerusi firma guaman Tetuan Paven & Co bertarikh 24 Julai, 2024

8:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Neelofa tidak meneruskan samannya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eleanoor, Mohd Izzairi Yamin, 40, berhubung dakwaan memfitnah, mencemuh dan mengaibkannya melibatkan iklan produk untuk mengeratkan hubungan suami isteri ‘Isterix’.

Notis pemberhentian itu difailkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 35, menerusi firma guaman Tetuan Paven & Co bertarikh 24 Julai, 2024.

Berdasarkan sistem mahkamah, notis pemberhentian itu menyatakan Neelofa selaku plaintif memberhentikan tindakan itu sepenuhnya dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

Neelofa dan Izzairi merupakan pengasas Eleanoor selain menjadi pengarah dan pemegang saham syarikat itu. Izzairi dilantik sebagai CEO Eleanoor pada 2021 dan bertanggungjawab mengurus akaun media sosial ‘TheNoor’.

Eleanoor ditubuhkan pada 15 Jun 2020 untuk mencipta aplikasi mudah alih kandungan Islamik dan pada 2021, Aplikasi TheNoor dilancarkan.

Menurut Neelofa, apa-apa keputusan Eleanoor berhubung hala tuju atau perkara lain yang melibatkan imej Eleanoor harus dipersetujui secara kolektif oleh Lembaga Pengarah, di mana beliau adalah salah seorang daripadanya.

Pada 4 September 2019, Nilofarr Health & Beauty Sdn Bhd ditubuhkan dengan salah satu tujuan ialah mereka jenama khas untuk golongan isteri diberi nama Isterix dan jenama itu mempunyai pengikut seramai 59,000 di Instagram.

Promosi untuk aplikasi TheNoor dan Isterix adalah terpisah dan dijalankan secara berasingan.

Namun pada 28 Jun, iklan Isterix mengunakan buah pic sebagai ilustrasi sehingga mencetuskan kontroversi kerana disifatkan sebagai lucah, menyebabkan pengumuman kenyataan maaf diterbitkan dalam Facebook Izzairi dan TheNoor.

Namun Neelofa menyifatkan kenyataan yang diterbitkan defendan, yang mengawal Facebook Eleanoor dan TheNoor, antara lain membawa maksud beliau gemar mencipta kontroversi, menggunakan buah pic untuk tujuan tidak senonoh menyerupai anatomi peribadi wanita, tidak mempunyai watak Islamik serta menggunakan agama sebagai alat mencari wang serta kemasyuran.

Selain itu, Neelofa juga mendakwa kenyataan terbabit membawa maksud beliau tidak jujur dan menyalahguna agama Islam untuk tujuan kepentingan diri.

Justeru Neelofa menuntut wang sebanyak RM5 juta (sebagai gantirugi libel) dibayar dalam masa tujuh hari daripada tarikh penghakiman serta RM5 juta (sebagai gantirugi teruk dan/atau teladan).

Beliau juga memohon mahkamah mengenakan injuksi mandatori dan memaksa Izzairi mengeluarkan kenyataan itu daripada laman sesawang, media sosial atau mana-mana medium berkaitan dalam masa tujuh hari daripada tarikh penghakiman

Neelofa turut menuntut injuksi kekal terhadap Izzairis bagi menghalangnya menerbitkan, mengedarkan, memuatnaik sebarang penyataan fitnah terhadapnya di mana-mana medium dan tuntutan permohonan maaf dalam masa tujuh hari di akhbar, portal dan media sosial yang ditetapkan. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related