Sambungan paip haram: Air Selangor tanggung kerugian RM410,000, SPAN siasat dalang

Penyambungan air tidak sah itu berjalan sejak setahun lalu mengakibatkan kerugian RM300,000 membabitkan 175,000 meter padu air di Taman Melati, manakala RM110,000 di Serendah

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menanggung kerugian kira-kira RM410,000 sejak setahun lalu gara-gara aktiviti penyambungan bekalan air secara haram di dua lokasi projek insfastruktur pembinaan landasan kereta api di Taman Melati, Gombak dan Serendah, Selangor.

Bertindak atas aduan Air Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini membuat serbuan di kedua-dua lokasi hasil intipan dan risikan dilakukan sejak setahun lalu.

Pengarah Unit Penguatkuasaan SPAN, Ainal Yusman Mohamad Yusop berkata, dalam operasi yang dijalankan, SPAN mendapati terdapat dua sambungan paip haram menggunakan paip HDPE berukuran 25 milimeter (mm) dan 32 mm di Taman Melati, manakala satu sambungan paip berukuran 25mm ditemui di Serendah.

Menurut Pengarah Unit Penguatkuasaan SPAN, Ainal Yusman Mohamad Yusop, Air Selangor menanggung kerugian kira-kira RM410,000 sejak setahun lalu gara-gara aktiviti penyambungan bekalan air haram di dua lokasi projek insfastruktur pembinaan landasan kereta api di Taman Melati, Gombak serta Serendah. – Halim Salleh/Scoop, 8 Ogos, 2024

“Siasatan rekod mendapati premis tidak mempunyai akaun bekalan air yang sah berdaftar dengan Air Selangor.

“Daripada siasatan awal, kerja penyambungan air tidak sah ini berjalan sejak setahun lalu yang mana mengakibatkan kerugian sebanyak RM300,000 membabitkan 175,000 meter padu air (yang digunakan secara haram) di Taman Melati, manakala (kerugian) RM110,000 dengan kira-kira 75,000 meter padu air di Serendah.

“Kita (SPAN) akan jalankan siasatan dan jika (siasatan) berjalan lancar, kita akan dakwa di mahkamah atau kenakan kompaun bergantung pada hasil siasatan nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam operasi serbuan di tapak projek dekat Taman Melati di sini, hari ini.

Operasi itu turut dijalankan serentak di Serendah dengan membabitkan 10 pegawai penguatkuasa SPAN.

Jika disabitkan bersalah, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

SPAN dan pihak Air Selangor akan terus berusaha mencari dan mengenal pasti sekiranya terdapat lokasi lain agar ia tidak berlaku lagi (penyambungan air tidak sah). – Halim Salleh/Scoop, 8 Ogos, 2024

Sehubungan itu, beliau berharap menerusi operasi yang dijalankan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesalahan kecurian air dan penyambungan tidak sah sebagai salah satu usaha mencegah kegiatan tidak bertanggungjawab ini.

“Setakat ini kita tumpukan dua lokasi ini tetapi dalam perancangan (meninjau lokasi lain).

“SPAN dan pihak Air Selangor akan terus berusaha mencari dan mengenal pasti sekiranya terdapat lokasi lain agar ia tidak berlaku lagi (penyambungan air tidak sah).

“Kita akan potong punca air ini dan kalau mereka nak menggunakan air, mereka kena memohon kepada Air Selangor bagi mendapatkan penggunaan bekalan air sementara,” katanya.

Terdahulu, SPAN menerima aduan daripada Air Selangor yang mendakwa terdapat ketirisan daripada jumlah bil keseluruhan di lokasi dua tapak pembinaan kereta api itu yang tidak selari dengan penggunaan air sejak setahun lalu. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related