Merdekakan diri, jauhi perbuatan timbul kebencian, buli di media sosial: Na’im

Pembebasan diri daripada perbuatan tidak baik itu sekali gus membantu kerajaan dalam mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berunsur provokasi di media sosial

11:53 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Menjauhi perbuatan yang menimbulkan kebencian antara kaum, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat dan membuli di media sosial merupakan langkah memerdekakan diri yang diunjurkan dalam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata langkah itu bukan sahaja membawa kebaikan kepada diri sendiri malah dapat mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.

“Apabila kita guna platform media sosial untuk menghentam, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat serta membuli, ini merupakan satu perkara mungkar yang menunjukkan individu tersebut dikuasai oleh nafsu, syaitan dan iblis.

“Kalau dia berjaya meninggalkan perbuatan tersebut, maknanya dia membebaskan diri daripada terus dibelenggu perbuatan batil dan berubah kepada gaya hidup berpaksikan akidah, syariat dan akhlak sebagai cara hidup Islam sebenar,” katanya kepada Bernama.

Mohd Na’im berkata pembebasan diri daripada perbuatan tidak baik itu sekali gus membantu kerajaan dalam mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya berunsur provokasi di media sosial.

Mohd Na’im berkata Islam sendiri mengajar umatnya untuk berubah daripada kemungkaran kepada amalan yang baik serta hanya mentauhidkan Allah SWT semata-mata dan mengikut ajaran dibawa oleh Rasulullah SAW.

“Dari sudut ajaran Islam, kemerdekaan sebenar ialah membebaskan diri masing-masing daripada cengkaman lain bukan sahaja penjajah tapi dalam konteks Islam, membebaskan diri daripada amalan buruk dan sia-sia serta amalan yang boleh mencetuskan perpecahan,” katanya.

Beliau turut menyeru semua warga agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menghayati makna kemerdekaan negara dengan menghargai para pejuang terdahulu yang berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajah.

Menurut beliau, mengisi makna kemerdekaan antara lain membawa maksud mengangkat kembali darjat umat dalam segala aspek merangkumi ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

“Kita mesti berjuang bersama-sama untuk menyelamatkan umat Islam daripada kemunduran jiwa dan akhlak serta membangunkan minda dan kualiti peradaban insan,” katanya.

Justeru, beliau telah meminta semua agensi berkenaan termasuk institusi masjid dan surau untuk menggerakkan program penghayatan kemerdekaan berlandaskan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ sempena Bulan Kebangsaan.

Pada 5 Jun lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 berkata pemilihan tema itu bagi menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related