Kerajaan perlu konsisten dalam keputusan melarang komik tulisan bekas ahli DAP: Tuan Ibrahim

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan konsisten adalah perlu agar tidak dilihat 'flip flop' dalam isu yang sensitif itu

1:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menggesa kerajaan untuk konsisten dalam meneruskan keputusan melarang penerbitan komik berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan konsisten dengan meneruskan keputusan sebelum ini adalah perlu agar tidak dilihat ‘flip flop’ dalam isu yang sensitif itu.

“Amat malang bila mana kerajaan tidak mempedulikan sensitiviti pejuang kemerdekaan khususnya anggota tentera dan rakyat terutamanya orang Melayu yang menderita di era kekejaman komunis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama tulisan bekas ahli DAP itu yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos lalu.

Berdasarkan warta itu, pembatalan Perintah Larangan itu membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk Belt and Road Initiative for Win-Winism dan bahasa Cina.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim mendakwa komik itu adalah jarum halus DAP untuk mengelirukan dan menafikan sejarah asal Tanah Melayu serta usaha untuk menormalisasi perjuangan komunis.

“Sebagai contoh, karikatur menggambarkan Ko Min Tang, Bintang 3 dan komunis terlibat sama dalam perjuangan memerdekakan Tanah Melayu.

“Persoalannya, mengapakah DAP cuba mempopularkan kembali fahaman komunis di negara ini sehingga membuat rayuan ke mahkamah untuk membatalkan pengharaman komik propaganda tersebut?

“Sedangkan rakyat Malaysia yang sememangnya cintakan keamanan dan menghargai nikmat kemerdekaan serta menolak fahaman komunis.

“Kerajaan juga pada 2019 telah memberi perhatian serius terhadap isu ini dengan mengharamkan komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama atas dasar menggugat sensitiviti majoriti rakyat Malaysia.

Selepas ianya diharamkan, kini pengharamannya digugat kembali,” katanya.

Terdahulu, Pemuda Umno mendesak kerajaan mempertimbangkan langkah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik itu.

Mengakui tidak bersetuju dengan pembatalan perintah larangan terhadap penerbitan komik itu, ketuanya, Dr Akmal Salleh, berkata semakan semula keputusan terbabit adalah selaras kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. – 14 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri masing-masing

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related