Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1723725689:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_dedf7e9c6f65366e86ca85894db2fa55] => Array
        (
            [0] => 
Perkhidmatan perbankan tergendala: Maybank perlu dikenakan penalti
) [_oembed_time_dedf7e9c6f65366e86ca85894db2fa55] => Array ( [0] => 1723721635 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 223294 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 14 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => 1 ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => denda bank ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 53 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count] => Array ( [0] => 286 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749436315";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749766282";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 3 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1749766282 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:149:"Meskipun jumlah penalti yang dikenakan itu tidak signifikan dengan keuntungan yang diperolehi bank-bank terbabit, namun tindakan BNM itu wajar dipuji";} ) )
Denda ke atas Maybank, CIMB satu kemenangan mutlak pada rakyat: Wee Ka Siong | Scoop

Denda ke atas Maybank, CIMB satu kemenangan mutlak pada rakyat: Wee Ka Siong

Meskipun jumlah penalti yang dikenakan itu tidak signifikan dengan keuntungan yang diperolehi bank-bank terbabit, namun tindakan BNM itu wajar dipuji

7:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti ke atas Maybank dan CIMB susulan gangguan beberapa perkhidmatan perbankan baru-baru ini, merupakan satu kemenangan mutlak kepada rakyat.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika mengulas mengenainya berkata, meskipun jumlah penalti yang dikenakan itu tidak signifikan dengan keuntungan yang diperolehi bank-bank terbabit, namun tindakan BNM itu wajar dipuji.

Jelasnya, jumlah penalti yang dikenakan ke atas Maybank dan CIMB masing-masing hanya 0.03% dan 0.01% daripada keuntungan sebelum cukai pada 2023 bagi kedua-dua bank ini.

“Malahan peratusan ini jauh lebih kecil berbanding dengan peratusan ‘merchant fee’ yang dikenakan kepada peniaga oleh bank-bank tersebut maka terdapat justifikasi untuk BNM menyelidik perkara ini,’’ katanya menerusi klip video berdurasi lebih 6 minit yang dimuat naik dalam platform media sosialnya hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata jumlah penalti yang dikenakan ke atas Maybank dan CIMB masing-masing hanya 0.03% dan 0.01% daripada keuntungan sebelum cukai pada 2023. – Gambar fail Scoop, 15 Ogos, 2024

Semalam, CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) serta Malayan Banking Berhad dan Maybank Islamic Berhad (Maybank) telah dikenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 29 Julai lalu.

CIMB dikenakan penalti sebanyak RM760,000 manakala Maybank RM4,320,000 berikutan ketidakpatuhan pada perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) yang dibaca bersama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT).

Antara 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024, aplikasi Regional Mobile Bank Platform (RMBP) dan MAE Maybank mengalami beberapa kali masa terhenti tidak dirancang yang menyebabkan gangguan berpanjangan terhadap beberapa antara muka (interface) perkhidmatan perbankan dengan pelanggan dan pihak lain yang berkenaan.

Gesaan supaya tindakan diambil ke atas bank-bank terbabit dibangkitkan oleh Ka Siong pada 7 April lalu, kerana penalti yang dikenakan itu bukan sahaja sebagai pengajaran kepada bank terbabit malah bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Ia susulan masalah yang dialami oleh perkhidmatan perbankan Maybank yang tergendala pada 6 April lalu hingga mengakibatkan web Maybank2u, aplikasi M2U dan MAE serta kad kredit serta debit, tidak boleh digunakan hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, bank-bank juga wajar menurunkan kadar mesin pembayaran elektronik atau ‘merchant fee’ kerana pembayaran atas talian sudah digunakan secara meluas.

“Bank-bank sudah untung banyak. Mana-mana yang boleh kurangkan kos rakyat, buatlah. Mana yang boleh ringankan beban rakyat, bantulah.

“Cukup-cukuplah. Saya harap apa yang dilakukan BNM ini berkekalan dan diteruskan kerana kebajikan rakyat perlu diberikan keutamaan,’’ katanya. – 15 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related