‘Penyewa dari lubang neraka’ tinggalkan rumah dalam keadaan kotor, jijik

Che Zaiton, yang berasal dari dari Bahau, Negeri Sembilan memaklumkan sewa rumah turut tertunggak dan disebabkan keadaan itu, dia dalam proses untuk menjual rumah terbabit

7:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilik sebuah rumah terkejut apabila mendapati penyewanya meninggalkan rumah berkenaan dalam keadaan yang sangat kotor dan menjijikkan sehingga layak digelar ‘penyewa dari lubang neraka’.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, pemilik rumah berkenaan, Che Zaiton turut memaparkan bagaimana rumahnya di Ayer Keroh, Melaka itu, berselerak dengan timbunan sampah dan baju di bahagian ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi, seolah-olah ia menjadi tempat pembuangan sampah.

Che Zaiton, yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan turut memaklumkan sewa rumah telah tertunggak dan disebabkan kerosakan berkenaan dia dalam proses untuk menjual rumah terbabit.

“Dia sekat saya kerana menuntut sewa yang masih tertunggak itu,’’ katanya yang menyewakan rumah tersebut menerusi ejen.

Hantaran tersebut sudah ditonton lebih tiga ratus ribu dan menerima 2,390 komen daripada netizen, yang mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab penyewa terbabit kerana tergamak meninggalkan rumah tersebut dalam keadaan jijik, kotor dan tidak terurus.

Mereka turut berkongsi pengalaman mendapat penyewa ‘yang tidak bertamadun’ dan tidak pandai menjaga harta benda milik orang lain.

“Naya la tuan rumah nak kena kemas. Upah orang kemas pun mahal, kita yang tengok (tertanya) bagaimana dia boleh duduk dalam keadaan rumah penuh sampah,’’ kata Sofea.

Manakala Hamidah Yusoff memberitahu dia pernah mendapat penyewa yang pengotor di mana dia sekeluarga terpaksa mengambil masa selama seminggu untuk mengemas rumah.

“Saya pernah kena macam ni, hampir seminggu kami tiga beranak kemas rumah, jiran-jiran datang tengok masa kami berkemas. Tuhan sahaja yang tahu hati kami masa tu,” kata Hamidah Yusoff.

“Memang letih, pernah rasa ni semua sampai tak boleh jejak kaki (di rumah sendiri),” kata Norainiamy. – 16 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related