Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1724112225:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 180
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 223555
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750627377";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750627377
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PAU 2024
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:150:"Penganalisis politik berpendapat keputusan untuk tidak melibatkan pemimpin luar juga dilihat bertujuan menjaga keharmonian di antara ahli Umno sendiri";}
        )

)
PAU 2024: Tak jemput pemimpin PH langkah bijak, beri kebebasan ahli Umno bincang masalah parti | Scoop

PAU 2024: Tak jemput pemimpin PH langkah bijak, beri kebebasan ahli Umno bincang masalah parti

Penganalisis politik berpendapat keputusan untuk tidak melibatkan pemimpin luar juga dilihat bertujuan menjaga keharmonian di antara ahli Umno sendiri

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketiadaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 yang bermula 21 Ogos ini merupakan langkah bijak bagi membolehkan Umno membincangkan isu-isu dalaman parti tanpa campur tangan pihak lain.

Bercakap kepada Scoop, penganalisis politik dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Awang Azman Awang Pawi berkata keputusan untuk tidak melibatkan pemimpin luar juga dilihat bertujuan menjaga keharmonian di antara ahli Umno sendiri.

Penganalisis politik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Awang Azman Awang Pawi – Gambar laman web UM, 20 Ogos, 2024

Malah ahli Umno, kata beliau, bebas membincangkan mengenai isu kedudukan parti itu dalam kerajaan, kepimpinan parti serta strategi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Awang Azman berkata, Umno juga bebas membincangkan strategi, pembaharuan dan penstrukturan semula yang diperlukan untuk memulihkan kedudukan parti itu.

“Dengan ketiadaan pemimpin luar (PH), akar umbi Umno berasa lebih bebas untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai pelbagai isu panas tanpa rasa terhalang atau perlu menjaga sensitiviti Kerajaan Perpaduan.

“Keputusan ini juga bertujuan untuk menjaga keharmonian di dalam parti tanpa dipengaruhi faktor luar, membolehkan perbincangan yang lebih terbuka dan jujur dalam kalangan ahli dengan akar umbi,” katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini berkata PAU 2024 yang akan berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos ini tidak akan membabitkan kehadiran pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, selain hanya pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional (BN) – Gambar fail Scoop, 20 Ogos, 2024

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini berkata PAU 2024 yang akan berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos ini tidak akan membabitkan kehadiran pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, selain hanya pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, keputusan untuk tidak menjemput pimpinan parti politik khususnya PH serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah dipersetujui di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Tahun lalu, julung kali PAU menyaksikan kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin DAP dan Parti Amanah.

Tahun lalu, julung kali PAU menyaksikan kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin DAP dan Parti Amanah – Gambar fail Scoop, 20 Ogos, 2024

PAU 2024 bakal menyaksikan kehadiran 6,433 perwakilan iaitu 2,939 orang perwakilan bagi PAU, 1,171 perwakilan Wanita; 1,173 sayap Pemuda serta 1,150 sayap Puteri.

Dalam pada itu, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Azmi Hassan berkata, keputusan menongkah arus dengan tidak menjemput pemimpin parti lain merupakan satu langkah berani Umno yang wajar diberi pujian.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Azmi Hassan – Gambar Bernama, 20 Ogos, 2024

Menurutnya, ia akan memberikan kebebasan mutlak kepada setiap perwakilan Umno untuk membahaskan pelbagai perkara tanpa sebarang kekangan untuk melontarkan pandangan bagi penambahbaikan parti keramat itu.

“Jika ditinjau PAU tahun lalu, kehadiran pemimpin PH dikatakan kurang disenangi, bila mereka bersama-sama dalam dewan WTC (World Trade Center) itu.

“Itu sebab utama kali ini mereka tidak menjemput pemimpin PH, untuk beri kebebasan kepada akar umbi dan perwakilan membahaskan sesuatu isu tanpa ada kekangan.

“Keputusan ini juga menggambarkan Umno itu sendiri berani membuat keputusan menongkah arus dengan tidak mengajak pemimpin DAP (PKR, Amanah) dan saya yakin keputusan ini turut disenangi semua penyokong Umno termasuk kepimpinan di akar umbi,” katanya. – 20 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related