Sesuaikah dia jadi PM semula? Puad Zarkashi sindir Muhyiddin

Muhyiddin sepatutnya disiasat dengan segera dan tindakan tegas mesti diambil terhadapnya berhubung ucapan yang didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi PRK Nenggiri baru-baru ini

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengheret nama Yang di-Pertuan Agong Ke-16 semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri disifatkan sebagai keterlaluan.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin sepatutnya disiasat dengan segera dan tindakan tegas mesti diambil terhadapnya.

“Kini ada 28 aduan polis dibuat terhadapnya. Muhyiddin wajib mohon maaf secara terbuka terlebih dahulu.

“Sepatutnya dia disiasat segera. Tindakan tegas mesti diambil terhadap Muhyiddin.

“Jika diteliti rakaman yang viral ia mengandungi tuduhan yang serius seolah-olah YDP Agong 16 tidak adil.

“Ucapan ‘Tetapi entah macam mana YDP Agong waktu itu tidak ajak jemput saya ke Istana untuk angkat sumpah’ amat jelas berbaur hasutan,” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Tengku Hassanal turut menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sementara Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pula berkata, Muhyiddin akan dipanggil untuk memberi keterangan pada Selasa ini berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi PRK Nenggiri baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook semalam, menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Mengulas lanjut, Puad berkata, tindakan Muhyiddin itu dibuat secara terbuka dan dalam kempen politik yang menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).

“Lima hari sudah berlalu. Muhyiddin membisu dan tidak mohon ampun. Sesuaikah dia jadi PM semula?” soalnya.

Sementara itu, bercakap kepada Scoop, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap Muhyiddin yang sewenang-wenangnya memperlekeh institusi raja.

Beliau berkata, perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi yang mulia ini tetapi juga berpotensi menggugat keamanan dan kestabilan negara.

“Bagaimana bekas Perdana Menteri ini ingin menjadi contoh yang baik kepada anak bangsa, malah mengeluarkan perkataan yang menyebabkan kemurkaan istana.

“Jangan sesekali kita biarkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mencemarkan keharmonian dan perpaduan yang kita nikmati selama ini,” katanya. – 19 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related