‘Kita tak suka dihina, tapi kita hina kaum lain’ Nik Nazmi selar guru perkecil Orang Asli

Komen tersebut dibuat selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri

6:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang guru agama di Negeri Sembilan yang mengeluarkan komen merendahkan Orang Asli di laman sosial mendapat perhatian Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang menyifatkan komen itu sebagai satu penghinaan.

Sedangkan Orang Asli, kata Nik Nazmi, lebih bijak hidup harmoni dengan alam sekitar berbanding yang lain.

“Kita tak suka kaum kita dihina. Tapi kina hina kaum lain.

“Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa tiada beza orang Arab dan bukan Arab, orang kulit putih dan kulit hitam.

Kita mungkin lupa, dalam banyak hal, Orang Asli lebih bijak hidup harmoni dengan alam sekitar banding kita,’’ katanya menerusi hantaran di aplikasi Xnya.

Beliau mengulas menggenai tangkap layar komen seorang guru wanita yang merendahkan masyarakat Orang Asli di media sosial hingga mencetuskan kecaman ramai.

Komen tersebut dibuat selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Sementara itu, kekesalan sama turut diluahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Zulkifli Hasan yang terkilan membaca tangkap layar wanita tersebut yang menghina Orang Asli.

Menurut Zulkifli, Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai suku, adalah orang yang sangat baik.

“Sedari kecil, saya bersahabat dengan Orang Asli dan menjalankan pelbagai program bersama mereka sehingga ke hari ini.

“Mereka orang yang sangat baik, terdiri dari pelbagai suku,’’ tulisnya di media sosial.

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan tersebut di bawah Subperaturan 19(1)(a) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkaitan pernyataan awam.

Pemangku Pengarah JPNS Putra Hashim dalam satu kenyataan berkata, peraturan itu menyatakan bahawa pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara membuat penyataan yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan dan keputusan kerajaan tentang apa-apa isu.

“Kes itu juga akan dirujuk pada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 11 Tahun 2023 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM,’’ katanya. – 19 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Interfaith Council concerned over proposed guidelines on Muslim participation in non-Muslim events

It said the guidelines mooted by the government, could have implications for religious understanding, tolerance, and acceptance among all Malaysians

Related