Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1724306443:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 224235
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-181977
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-181977
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 220
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:173:"Di sebalik kritikan yang diterima daripada segelintir pihak, Walid Abu Ali menyeru agar inisiatif itu dilihat dari aspek kemanusiaan bagi merawat rakyat Palestin yang cedera";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => rakyat palestin
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 73
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749566231";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:22;i:2;i:14;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749836868";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749836868
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_oembed_11f7d530df97e5648d563a9696a2a3c6] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_oembed_time_11f7d530df97e5648d563a9696a2a3c6] => Array
        (
            [0] => 1724305850
        )

)
Rakyat Palestin yang cedera hanya berada di Malaysia untuk sementara waktu: Duta | Scoop

Rakyat Palestin yang cedera hanya berada di Malaysia untuk sementara waktu: Duta

Di sebalik kritikan yang diterima daripada segelintir pihak, Walid Abu Ali menyeru agar inisiatif itu dilihat dari aspek kemanusiaan bagi merawat rakyat Palestin yang cedera

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Palestin yang cedera dan mendapat rawatan di Malaysia tidak akan menetap di negara ini secara kekal, demikian tegas Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kritikan segelintir pihak di negara ini yang mempersoalkan langkah kerajaan memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera susulan konflik di Gaza.

Bercakap kepada Scoop, Walid turut meluahkan rasa terkejut di atas reaksi negatif sesetengah pihak di Malaysia dan meminta supaya perkara itu dilihat dari aspek kemanusiaan, bukannya politik.

“Malaysia menerima rakyat Palestin yang cedera ini untuk rawatan. Mereka akan pulang sebaik sahaja selesai rawatan, memandangkan Malaysia tidak bercadang memberikan perlindungan secara kekal kepada mereka,’’ katanya.

“Sebagai duta, saya percaya, di sebalik perbezaan ini, isu mengenai Palestin menyatukan rakyat Malaysia.

“Saya benar-benar terkejut dengan tindak balas itu. Walaupun saya tidak melibatkan diri dalam politik Malaysia, saya sedar tiada inisiatif yang mendapat sokongan sebulat suara. Ia adalah normal untuk berdepan dengan pandangan yang berbeza.

16082024 - Angkatan Tentera Malaysia ATM membawa 86 ahli keluarga rakyat Palastin yang cedera selamat tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang - ALIF OMAR_22
Walid Abu Ali berkata, rakyat Palestin yang tiba di Malaysia 16 Ogos lalu akan pulang sebaik sahaja selesai rawatan, memandangkan Malaysia tidak bercadang memberikan perlindungan secara kekal kepada mereka – Alif Omar/Scoop, 22 Ogos, 2024

Walid juga memuji Malaysia kerana menjadi negara pertama di Asia yang mengambil langkah berkenaan, sambil menyatakan negara seperti Turkiye, Mesir, Jordan, Qatar dan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebelum ini menawarkan sokongan yang sama.

“Saya amat berterima kasih atas inisiatif Perdana Menteri. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan semua agensi yang terlibat. Kebaikan ke atas rakyat Palestin ini akan dikenang seumur hidup,’’ tambahnya.

Perang ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu yang dilancarkan oleh rejim Zionis kini bertukar menjadi pembunuhan beramai-ramai dengan kira-kira 40,000 penduduk Palestin terkorban.

Pada awal Ogos lalu, Walid memberitahu Bernama TV bahawa angka korban di Gaza melebihi 40,000 orang, dengan kira-kira 15,000 mangsa terperangkap di celah runtuhan akibat dibom.

Manakala Al-Jazeera pada 19 Ogos lalu, memetik Kementerian Kesihatan Gaza bahawa sekurang-kurangnya 40,139 rakyat Palestin terkorban, termasuk 16,500 kanak-kanak manakala lebih 94,743 orang cedera dan lebih 10,000 hilang.

16082024 - Angkatan Tentera Malaysia ATM membawa 86 ahli keluarga rakyat Palastin yang cedera selamat tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang - ALIF OMAR_12
Pada 16 Ogos lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang, dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) – Alif Omar/Scoop, 22 Ogos, 2024

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekecewaan dengan sikap tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan dan mencerca langkah kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera parah untuk dirawat di Malaysia.

Malah kata Anwar, ada yang turut mempertikaikan kenapa pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digunakan dalam misi tersebut, bukannya pesawat komersil.

Pada 16 Ogos lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang, dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Misi itu dilaksanakan atas arahan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, selepas menerima permintaan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. – 22 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related