Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1724322513:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 224389
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Zakir Naik
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:168:"Anwar berkata Malaysia mungkin mempertimbangkan permintaan India untuk mengekstradisi pendakwah kontroversi itu sekiranya negara berkenaan memberikan lebih banyak bukti";}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 203
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749911450";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:7;i:1;i:14;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749911450
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Biar isu ekstradisi Zakir Naik reda seketika: Anwar | Scoop

Biar isu ekstradisi Zakir Naik reda seketika: Anwar

Anwar berkata Malaysia mungkin mempertimbangkan permintaan India untuk mengekstradisi pendakwah kontroversi itu sekiranya negara berkenaan memberikan lebih banyak bukti

6:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah lebih baik isu melibatkan ekstradisi Dr Zakir Naik reda seketika, selagi pendakwah bebas itu tidak menjejaskan hubungan Malaysia–India.

Anwar berkata Zakir, yang sering berada di luar negara dan kembali ke Malaysia sekali-sekala, dilihat tidak aktif di negara ini dan tidak membuat sebarang kenyataan menentang India atau Malaysia.

“Kami menghargai kebimbangan yang disuarakan beberapa pihak di sini (India), tetapi selagi Zakir Naik tidak mencetuskan sebarang isu antara Malaysia dan India, serta keselamatan negara, saya fikir kita biarkan dahulu perkara itu,” kata beliau dalam temu bual dengan India Today Global yang dikongsi menerusi YouTube hari ini.

Wawancara itu diadakan semasa lawatan rasmi Anwar ke India dari 19 hingga 21 Ogos.

Menurut laporan media, Zakir dikehendaki pihak berkuasa India sejak 2016 atas tuduhan pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian.

Anwar berkata Malaysia mungkin mempertimbangkan permintaan India untuk mengekstradisi pendakwah kontroversi itu sekiranya negara berkenaan memberikan lebih banyak bukti.

“Sudah tentu, kita mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak akan membenarkan sebarang bentuk pelanggaran,” kata beliau.

Dalam pada itu, Anwar berkata Perdana Menteri India Narendra Modi dan Menteri Luar India Dr S. Jaishankar memberi jaminan bahawa negara itu akan menimbal balik kemudahan kemasukan tanpa visa bagi warga India untuk memudahkan pertukaran rakyat antara kedua-dua negara.

“India sebuah negara yang indah dan Malaysia juga mempunyai banyak perkara yang ingin ditunjukkan dan alu-alukan, sudah tentu bukan sahaja dalam kalangan etnik India, tetapi juga rakyat Malaysia amat meminati budaya dan seni India, bukan sekadar Bollywood, malah lebih daripada itu. Saya telah menyebut beberapa kesusasteraan dan penulisan hebat yang cukup dikenali,” kata beliau.

Anwar berkata Malaysia mengalami pertumbuhan pesat pelancong dari India susulan pengenalan kemasukan tanpa visa bagi warga India untuk penginapan hingga 30 hari, berkuat kuasa dari 1 Dis 2023 hingga 31 Dis 2024. – 22 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related