Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1724829561:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 225287
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:100:"Polis turut merampas antaranya 17 set komputer, 55 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah router";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kripto
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 211
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749554177";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749612025";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:3;i:1;i:12;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749612025
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Penipuan pelaburan kripto sasar warga Jepun tumpas, 21 individu ditahan | Scoop

Penipuan pelaburan kripto sasar warga Jepun tumpas, 21 individu ditahan

Polis turut merampas antaranya 17 set komputer, 55 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah router

3:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kegiatan pusat panggilan penipuan pelaburan mata wang kripto yang dipercayai menyasarkan warga Jepun menerusi serbuan berasingan di dua premis kediaman mewah di ibu negara.

Hasil serbuan pada 19 Ogos lepas, 21 individu berusia lingkungan 22 hingga 37 tahun ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, 16 lelaki dan seorang wanita warga China; seorang wanita Laos serta masing-masing seorang lelaki Hong Kong dan Myanmar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek warga asing dipercayai berperanan sebagai pekerja khidmat pelanggan di pusat panggilan itu, manakala suspek warga tempatan menjadi penjaga pusat berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, pusat panggilan ini baru memulakan operasi sebulan dan sindiket menggunakan banglo mewah yang mempunyai dua lapisan pagar tinggi dan terletak jauh dari jalan utama sebagai pusat operasi bagi menyembunyikan kegiatan mereka daripada pihak berkuasa. 

“Mereka yang ditahan berperanan mencari mangsa melalui media sosial seperti Tinder dan mangsa yang terpedaya akan diajak melabur melalui aplikasi Bitbank dan CoinCheck,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Menurut Ramli, siasatan mendapati ahli sindiket masuk ke Malaysia menerusi Pas Lawatan Sosial dan kesemua mereka menerima gaji dalam bentuk komisen iaitu 20 peratus daripada wang yang berjaya ditipu.

Beliau berkata pihaknya turut merampas antaranya 17 set komputer, 55 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah router. 

“Individu warga tempatan yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 25 Ogos lepas setelah tempoh reman ke atasnya tamat. Manakala 20 individu yang lain menjalani tahanan reman di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menegaskan apa jua bentuk tawaran pelaburan melalui platform media sosial perlu dianggap sebagai penipuan dan orang ramai dinasihat melakukan pelaburan menerusi skim yang diiktiraf badan-badan penguatkuasa pelaburan di negara ini seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia. – 28 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related