Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1724891132:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 171
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 225351
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Wan Saiful
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 50
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:206:"Apabila sebut perkara betul seperti berlaku kepada Muhyiddin, mereka yang berkuasa rasa sedikit ketakutan sehingga mengambil tindakan undang-undang mengikut akta yang sebelum ini mereka sendiri nak hapuskan";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748380941";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748095786";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748380941
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
PRK DUN Mahkota: Bersatu tak akan ubah pendekatan kempen ‘cakap perkara benar’: Wan Saiful | Scoop

PRK DUN Mahkota: Bersatu tak akan ubah pendekatan kempen ‘cakap perkara benar’: Wan Saiful

Apabila sebut perkara betul seperti berlaku kepada Muhyiddin, mereka yang berkuasa rasa sedikit ketakutan sehingga mengambil tindakan undang-undang mengikut akta yang sebelum ini mereka sendiri nak hapuskan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun presidennya berdepan tuduhan menghasut, Bersatu tetap akan meneruskan pendekatan ‘bercakap perkara benar’ ketika berkempen di pentas ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pemimpin Bersatu tidak gentar menyatakan perkara betul sekali pun Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan tuduhan mengikut Akta Hasutan susulan ceramah di PRK Nenggiri, baru-baru ini.

“Menghadapi PRK DUN Mahkota, Bersatu kekal dengan pendekatan sama iaitu bercakap yang benar, tidak takut menyebut benda yang betul.

“Yang saya lihat apabila sebut perkara betul seperti berlaku kepada Muhyiddin, maka mereka yang berkuasa rasa sedikit ketakutan sehingga mengambil tindakan undang-undang mengikut akta yang sebelum ini mereka sendiri nak hapuskan.

“Bagi saya bila kita ditekan begitu, maknanya kita membuat satu benda yang betul sehingga mereka takut.

“Jadi saya tidak melihat tekanan yang diberikan sebagai satu perkara yang membuat kita patut merubah pendekatan kita, saya rasa Bersatu kena terus berani bercakap perkara yang betul di PRK Mahkota,” katanya hari ini.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Muhyiddin, 77, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu di sini, dan didapati telah menyebut perkataan menghasut antara pukul 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos lepas.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, Bersatu dan PN memasuki PRK Mahkota sebagai ‘underdog’, malah dijangka tidak berhadapan isu dalam meletakkan calon parti.

“Kita memang sedia ada calon di DUN itu, sebelum ini memang Bersatu yang bertanding, malah dibJohor kita tidak ketandusan tokoh-tokoh yang boleh ditawarkan sebagai calon sesuai

“Jadi saya tidak bimbang dengan isu calon di situ. Nenggiri adalah satu konteks yang berbeza tapi di Johor adalah satu negeri yang mana kita boleh bergerak dengan sihat,” katanya.

Tambah beliau, strategi berbeza juga harus digunakan Bersatu dan PN kerana rakyat kini semakin matang dalam politik dan isu-isu semasa.

“Saya rasa kita kena pertimbangkan strategi terbaik sebab sebagai pembangkang kita boleh teruskan strategi untuk tunjukkan kelemahan kerajaan tapi itu tak boleh jadi satu-satunya agenda yang kita bawa.

“Jadi saya rasa Bersatu kena duduk dan muhasabah diri, bincang terbuka dan ikhlas serta telus dalam pengalaman kita menghadapi PRK lepas sama ada yang kita menang mahu pun kalah.

“Kita cuba bawa satu pendekatan baharu yang mana kita bukan sahaja membangkang atau mencari kelemahan kerajaan tapi kita juga kena nyatakan apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat.

“Rakyat menjadi semakin matang dalam politik, mereka nak tengok kalau anda tidak setuju dengan apa yang kerajaan buat, jadi apa yang anda boleh tawarkan?,” katanya.

Sebelum ini PN Johor sudah menyerahkan tiga nama kepada pimpinan Pusat bagi dipertimbangkan sebagai calon PRK Mahkota.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin pada 2 Ogos lalu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, dilaporkan berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional (BN) menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 selepas memperoleh 16,611 undi.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi. Calon PN, Mohamad Nor Lingan pula meraih 7,614 undi manakala calon Warisan, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi. – 29 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Photo of the day: Hands on with work and family

Tailor Nora Ronas works overtime to meet customers’ orders for new “baju raya” ahead of Hari Raya Aidilfitri in about two minggu. With many jam spent at work, she keeps her children close by at her shop in Keramat Mall.

Minister v podcast: Hannah Yeoh’s public feud sparks debate on sponsored content ethics

Sports minister has criticised Gintell for sponsoring episode of Keluar Sekejap pod, hosted by Shahril Hamdan and Khairy Jamaluddin

Photo of the day: Of leaky pipes, dry taps, and wet boots

A scene of leaking pipes, water puddles and a lurking worker at Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Air Selangor technicians are captured skilfully tackling a leaky pipe as they tend to numerous complaints of water supply disruption across the country’s capital.

Related