Disyaki rogol, amang seksual terhadap 2 anak kandung, bapa direman seminggu

Berdasarkan laporan polis, suspek disyaki merogol anak perempuan berusia 14 tahun di rumah mereka, di Batu Pahat, sejak Januari lalu tanpa diketahui ahli keluarga yang lain termasuk isterinya

2:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bapa direman tujuh hari kerana disyaki merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya berumur 14 dan 11 tahun sejak awal tahun ini.

Perintah reman terhadap suspek, 45, yang bekerja memasang jubin itu dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi’uddin, di Mahkamah Batu Pahat hari ini, bagi membantu siasatan lanjut.

Berdasarkan laporan polis, suspek disyaki merogol anak perempuan berusia 14 tahun di rumah mereka, di Batu Pahat, sejak Januari lalu tanpa diketahui ahli keluarga yang lain termasuk isterinya.

Laporan itu juga menyatakan adik mangsa berumur 11 tahun dikatakan ternampak suspek sedang merogol kakaknya itu, melalui tingkap rumah mereka ketika pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Mangsa yang menyedari kepulangan adiknya itu segera meminta pertolongan sebelum suspek didakwa bertindak memakai semula seluar.

Difahamkan ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja di kedai jahit di bandar Batu Pahat.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian kepada ibunya yang pulang dari bekerja pada sebelah petang sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan telah dirogol. Wanita itu kemudian bersama anaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada jam 10 malam hari sama.

Susulan laporan, polis berjaya menahan suspek di sebuah taman perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Malah, adik mangsa berumur 11 tahun mendakwa bahawa dirinya juga pernah menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh bapa kandung mereka itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah, ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

“Siasatan bagi kes rogol dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala bagi kes amang seksual fizikal pula, siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Sabit kesalahan kedua-dua seksyen memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan,” katanya. – 29 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related