Pemandu dan penghantar Grab teruja ‘bersemangat’ sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024

Grab  tidak meminggirkan rakan pemandu OKU dengan memberi peluang sama rata kepada semua pihak untuk berkhidmat dengan syarikat berkenaan

8:00 AM MYT

 

PETALING JAYA – Teruja dan pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Itu perasaan diluahkan pemandu e-hailing Grab Orang Kurang Upaya (OKU), Mohamad Azahar Bakia, 57, dari Setapak yang terpilih menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya hari ini, mewakili kontinjen Grab.

Azhar yang hampir tujuh tahun bergelar pemandu Grab gembira dan teruja kerana Grab memberi peluang kepada golongan OKU untuk bersama-sama meriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Mohamad Azahar Bakia yang hampir tujuh tahun menjadi keluarga Grab gembira diberikan peluang untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini. – Gambar Riduan Rizal Ahmad, 31 Ogos, 2024

“Saya berasa sangat bangga, dari dulu lagi memang ingin terlibat menyertai perarakan ini tetapi disebabkan keadaan saya, tiada platform yang sesuai untuk membolehkan saya merealisasikannya.

“Alhamdulillah bila Grab bagi peluang suruh masuk pakai wheelchair (kerusi roda), saya pun memang tak tercakap apa, memang seronok sangat.

“Selama 57 saya hidup, ini kali pertama dapat menyertai perarakan dengan Grab untuk Hari Kebangsaan. Terima kasih Grab” katanya ketika ditemui Scoop

Sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka diadakan di Dataran Putrajaya. 

Jika sebelum ini Siti Fatimah Badrun hanya menghantar pelanggan ke Dataran Putrajaya setiap kali Hari Kebangsaan, tetapi kali ini dia sendiri menyertai perarakan itu. – Gambar Riduan Rizal Ahmad, 31 Ogos, 2024

Seorang lagi pemandu Grab OKU, Siti Fatimah Badrun, 42, yang berasal dari Subang Jaya turut berkongsi kegembiraan dapat melihat perbarisan serta pertunjukan udara pada tahun ini.

Jika sebelum ini, Siti Fatimah hanya berkesempatan membawa penumpang sama ada ke Dataran Merdeka atau Dataran Putrajaya, namun tahun ini berbeza kerana dia turut bergelar peserta perarakan, mewakili kontinjen Grab.

“Saya nak melalui proses bangun pagi beramai-ramai kemudian naik bas dan van serta bersama-sama dengan kontinjen lain untuk bersiap-sedia menyertai perarakan.

“Jika pada tahun-tahun sebelum ini, walaupun hanya menghantar penumpang ke tempat perarakan pun saya dah teruja, kali ini dapat menyertainya.

“Kebiasaannya, kanak-kanak yang paling teruja sebab dapat tengok kereta kebal serta badan beruniform dengan lebih dekat… memang seronok sambutan tahun ini”, katanya.

Nurasma Omar mengakui pengalaman mewakili kontinjen Grab ke perarakan Hari Kebangsaan 2024 akan sentiasa terpahat dalam hati. – Gambar Riduan Rizal Ahmad, 31 Ogos, 2024

Nurasma Omar, 34, dari Cheras pula, yang sudah tiga tahun berkhidmat sebagai penghantar Grab Food berasa bertuah kerana dapat bersama rakan penghantar yang lain dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, pengalaman baru yang ditimbanya itu pasti akan terpahat manis dalam diari kehidupannya.

“Pengalaman baru sebab dapat merasai sendiri pengalaman menjadi peserta perarakan, sebelum ini hanya tengok dalam televisyen sahaja.

“Seronok apabila dapat bersama-sama rakan-rakan penghantar lain, pada hari inilah kami dapat berjumpa, bersosial dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain,” katanya.

Tahun ini, lebih 50 peserta dari Grab menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-67 terdiri daripada staf pengurusan, pemandu serta penghantar.

Menariknya, Grab  tidak meminggirkan rakan pemandu OKU dengan memberi peluang sama rata kepada semua pihak untuk berkhidmat dengan syarikat berkenaan. – 31 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related