Cadangan kembalikan 20% tanah pajakan kepada kerajaan masih diteliti: Zahid Hamidi

Beliau berkata perkara itu memerlukan pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu, dan tanah yang dimaksudkan tidak termasuk plot industri atau kebun, sebaliknya hanya tanah perladangan

6:28 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Cadangan agar syarikat-syarikat perladangan yang telah tamat tempoh pajakan mengembalikan 20% daripada keluasan tanah kepada kerajaan masih dalam penelitian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu memerlukan pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu, dan tanah yang dimaksudkan tidak termasuk plot industri atau kebun, sebaliknya hanya tanah perladangan.

“Ia harus mendapat pandangan daripada kerajaan negeri, kerana kuasa berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia CARS 2024 (Asia Road Safety) di sini hari ini.

Beliau berkta demikian sebagai penjelasan kepada cadangan yang dikemukakannya semalam agar syarikat-syarikat yang ingin menyambung pajakan mereka dengan kerajaan, mengembalikan 20% daripada keluasan tanah yang dipajak jika mereka mahu meneruskan pajakan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Jawatankuasa Pemandu) Majlis Ekonomi Bumiputera berkata cadangan itu, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membolehkan rakyat mendapat faedah daripada tanah yang dikembalikan itu. – 2 September, 2024

Topics

 

Hangat

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related