Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1725702196:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 256
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 226754
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:237:"Namun, pengiktirafan sijil halal bagi restoran dan produk keluaran orang Islam menambah nilai keyakinan kepada orang Islam untuk mengunjungi restoran mereka, kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => sijil halal
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748391676";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748031988";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:5:{i:6;i:1;i:14;i:1;i:4;i:1;i:12;i:1;i:20;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748391676
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Cadang wajib sijil halal tak sesuai kepada peniaga Islam, kata ulama Umno | Scoop

Cadang wajib sijil halal tak sesuai kepada peniaga Islam, kata ulama Umno

Namun, pengiktirafan sijil halal bagi restoran dan produk keluaran orang Islam menambah nilai keyakinan kepada orang Islam untuk mengunjungi restoran mereka, kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

5:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan mewajibkan pensijilan halal tidak sesuai dikenakan ke atas peniaga dan syarikat milik orang Islam, demikian kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, ini kerana mereka pada asalnya terikat dengan hukum halal dan haram.

“Selain suci dan najis serta penyediaan makanan oleh mereka bermula dengan hukum suci tanpa keraguan melainkan dibuktikan sebaliknya.

“Namun, pengiktirafan sijil halal bagi restoran dan produk keluaran orang Islam menambah nilai keyakinan kepada orang Islam untuk mengunjungi restoran dan memperolehi produk mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu sijil halal menjadi polemik susulan kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Susulan itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, cadangan itu berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Kenyataannya itu dibidas beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendesak Kok meminta maaf serta menggesa pemimpin DAP tidak perlu membuat kenyataan mengenai pensijilan halal.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, kesediaaan kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan mewajibkan pensijilan halal untuk restoran dan syarikat pengeluar makanan boleh dilihat daripada beberapa sudut.

“Sekiranya ia melibatkan pemilikan oleh bukan Islam yang mengusahakan restoran atau syarikat pengeluaran produk makanan selayaknya cadangan itu dipertimbangkan.

“Ini kerana ia boleh menghilangkan keraguan orang Islam yang berkunjung ke restoran itu atau orang Islam yang membeli produk makanan tersebut.

“Malah cadangan mewajibkan itu akan mengelakkan orang Islam tersilap membeli makanan yang mengandungi bahan tidak halal tetapi dijual di pasaran terbuka dan tindakan boleh dikenakan kepada pengusaha,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya restoran menyediakan makanan tidak halal sebaiknya status tidak halal perlu dinotiskan pada tempat yang boleh diketahui pengunjung muslim yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.

“Kedua-dua perkara ini bertujuan mengelak insiden orang Islam yang berkunjung ke restoran popular yang tidak mempunyai sijil pengesahan halal seperti diumumkan Jakim beberapa hari lalu,” katanya. – 7 September, 2024

Topics

 

Hangat

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Ada peserta yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Penang lift tragedy: boss to face legal action over worker’s death if OSHA violation found

Penang Department of Occupational Safety and Health (DOSH) director Hairozie Asri said the department investigated the location as soon as they received information about the incident. He said DOSH has also issued an immediate stop work notice pending investigations.

Related