Bayi lelaki bertali pusat berbungkus kain batik ditemui di rumah kosong

Bayi tersebut dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut

5:15 PM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan orang ramai dalam keadaan berbungkus kain batik dibuang di sebuah rumah  kosong di Lorong Perisai Wira di Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berkaitan penemuan itu pada 9.43 malam dan sepasukan anggota dari unit kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui bayi yang berbungkus dengan kain batik.

“Bayi tersebut dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi lelaki itu masih bertali pusat, berat bayi 2.74 kilogram (kg), berambut hitam, kulit cerah dan tiada tanda-tanda kecederaan trauma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan masih dijalankan bagi mengesan ibu kepada bayi itu.

Menurutnya orang awam mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan kes ini boleh menghubungi balai polis yang terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Iman di talian 011-31460199. – 15 September, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related