GISB: Bekas pengikut akan dipanggil, bantu lengkap laporan sebelum bawa ke MKI

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata bekas pengikut tersebut akan memberikan maklumat berkaitan syarikat itu kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan baru-baru ini

1:55 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Bekas pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu jawatankuasa khas untuk melengkapkan laporan berkaitan isu syarikat yang terpalit dengan dakwaan ajaran sesat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata bekas pengikut tersebut akan memberikan maklumat berkaitan syarikat itu kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan baru-baru ini bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman GISB Holdings.

“Nanti kita akan panggil bekas ahli (pengikut) GISB ini untuk kita dapatkan maklumat yang sebenar.

“Jawatankuasa khas di bawah saya ini akan selesaikan dan muktamadkan kajian berkaitan GISB Holdings ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata laporan berkenaan akan dibawa ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) untuk dibincangkan bagi menentukan status doktrin fahaman GISB Holdings.

“Status GISB ini sesat atau tidak kita akan bawa ke MKI untuk dibincangkan,” katanya.

Mengenai nasib wanita dan kanak-kanak yang diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa siri Op Global ke atas beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings, beliau berkata kerajaan akan memastikan aspek kebajikan, pendidikan dan hala tuju mereka terbela.

Untuk tujuan itu, beliau berkata kerjasama berterusan akan diberikan kepada PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ini keutamaan yang kami beri kepada mereka dan saya percaya JKM di bawah Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) akan lihat bagaimana kita nak pastikan nasib mereka ini terbela,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global. – 16 September, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related