Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1726815439:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 163
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 228330
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:83:"Ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hari ini";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => GISB
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748089341";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748089341
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => jawatankuasa-fatwa-perlis-isytihar-kepercayaan-dan-ajaran-gisb-sesat-mufti-perlis
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Perlis isytihar ajaran GISB sesat | Scoop

Perlis isytihar ajaran GISB sesat

Ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hari ini

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Fatwa Perlis mengisytiharkan kepercayaan dan ajaran dalam Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB) sebagai sesat, kata Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza, ajaran yang dibawa adalah kesinambungan kepada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Kumpulan itu juga, katanya yang mengkultuskan pemimpin mereka atau tokoh agama sehingga melampaui batasan hingga ke tahap menyamai taraf Nabi SAW.

“Setelah jawatankuasa berbincang maka perkara berikut diputuskan bahawa kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd yang mengkultuskan pemimpin mereka atau tokoh agama yang mereka percaya sehingga melampaui batasan ke tahap seakan menyamakan kedudukan pemimpin atau tokoh agama setaraf Nabi SAW atau mempunyai keajaiban atau mengetahui perkara yang ghaib seakan Tuhan adalah fahaman yang bersifat batiniyyah, menyeleweng dan sesat.

“Kesan dan akibat daripada pengkultusan itu melahirkan ketaksuban yang melampau sehingga mentaati pemimpin atau golongan agama sekalipun jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dr Maza, model ekonomi yang diamalkan oleh GISB bukan model ekonomi Islam sebenar dan bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam kerana ia mempunyai unsur penindasan dan perhambaan serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga demi kepentingan pihak yang dikultuskan.

“Dengan ini segala ajaran, aktiviti dan apa sahaja yang boleh membantu syarikat itu adalah dilarang. Jawatankuasa juga mencadangkan masyarakat Islam perlu membantu pemulihan ahli-ahli GISBH yang ingin keluar dari kesesatan,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, peruntukan zakat di bawah fi sabilillah, al-riqab dan fakir miskin boleh digunakan untuk membantu pemulihan seperti pembiayaan pendidikan, pembinaan semula kehidupan, perlindungan keselamatan, bantuan guaman berkaitan pembebasan diri dari GISB serta pembiayaan dakwah pemurnian akidah.

Pada 10 Sep lalu, seramai 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dalam serbuan di 18 rumah amal di Selangor serta Negeri Sembilan, yang dikaitkan dengan GISB.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif GISB dan isteri merupakan antara 19 individu yang ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Mereka ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022.

Mereka yang berusia antara 25 hingga 65 tahun itu ditahan dalam serbuan di empat unit kediaman di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur menerusi Op Global, kira-kira jam 5.40 pagi Khamis. – 20 September, 2024

Topics

 

Hangat

Water bottles, ice cubes slipped past FA Cup final security checks

KL cops say fans Mei have purchased them inside Bukit Jalil National Stadium before they were seen throwing items onto the pitch

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

False start robs Azeem Fahmi of chance to win 200m medal at Malaysia Open

After disqualification, sprinter switches focus to packed 100m schedule tomorrow

Related