Kelantan isytihar GISBH sesat jika ajaran menyamai al-Arqam: Mufti

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata pihaknya juga akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini

8:12 PM MYT

 

KOTA BHARU – Kelantan hanya akan mengisytiharkan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai sesat sekiranya ia menyamai organisasi al-Arqam yang difatwakan haram sebelum ini.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perkara itu memerlukan siasatan lanjut dan bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Beliau berkata pihaknya juga akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.

“Saya akan membincangkan isu ini di jawatankuasa muzakarah jika ada perkara-perkara berbangkit atau ciri-ciri baharu dalam GISBH, maka barulah satu fatwa baharu akan dikeluarkan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat. – 21 September, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related