Kes amang seksual: Pendakwah selebriti, PU Azman dihukum dipenjara 24 tahun, dua sebatan

Tertuduh, yang mesra disapa Cik Man juga diperintah menjalani sesi kaunseling dan pengawasan polis selama dua tahun sehingga hukuman selesai

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dipenjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 17 tahun, dua tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Noridah Adam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan satu sebatan, masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua, serta memerintahkan hukuman berkenaan berjalan berasingan bermula hari ini.

“Selepas mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. OKT (Orang Kena Tuduh) didapati bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan,” kata Noridah.

Tertuduh, yang mesra disapa Cik Man, 43, juga diperintah menjalani sesi kaunseling dan pengawasan polis selama dua tahun sehingga hukuman selesai.

Mahkamah turut menolak permohonan peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman Syah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi diputuskan.

Semasa rayuan terhadap hukuman, Mohamad Zahid berkata pihaknya memohon hukuman penjara paling minimum dengan mengambil kira tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya.

“Tertuduh seorang pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat, antaranya beliau memberi motivasi dan kelas kuliah al-Quran serta memberi ajaran kepada anak muda khususnya untuk celik kepada al-Quran.

“Tertuduh anak bongsu daripada tujuh beradik dan beliau penyumbang utama dalam keluarga serta banyak membantu keluarga yang susah. Sekiranya mahkamah memberi hukuman penjara yang lama, ia akan memberi kesan kepada tertuduh dan keluarga,” kata peguam itu sambil menambah anak guamnya telah bercerai dan tidak mempunyai anak.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul ‘Izzati Mohamad, memohon tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan dan jelas hukuman bagi akta tersebut ialah maksimum 20 tahun penjara.

Pada 12 Januari lalu, Azman, yang merupakan bekas peserta program realiti TV, Pencetus Ummah (PU) diperintah membela diri selepas hakim mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Azman menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa dekat Kampung Sungai Udang, Klang, masing-masing pada 12.15 pagi dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Azman turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan iaitu lima di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. – 27 September, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related