‘Bersatu bagai rumah nak roboh, pimpinan sibuk berebut serpihan kayu reput’ sindir Umno

Dakwa Nur Jazlan, keadaan dalam Bersatu itu juga membuatkan PAS mungkin melihat semula kerjasama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN)

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usai kekalahan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, di Johor, Bersatu sudah boleh menempah ‘batu nisan’ kerana menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) parti itu akan ditolak seluruh rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed secara sinis mengumpamakan Bersatu ketika ini tidak lebih daripada ‘orang yang sudah mati, tapi belum disemadikan’.

“Bersatu kalah lagi dan lagi. Macam saya cakap dua minggu lepas Bersatu akan berkubur di Johor dan nampaknya firasat saya tepat dan Bersatu dah boleh tempah batu nisan mereka.

“Lepas keputusan PRK Mahkota, memang sah Bersatu ditolak sepenuhnya di Johor dan menjelang PRU16 nanti, parti itu akan ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Memang Bersatu malu besar tambahan pula Muhyiddin (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang menemui jalan kegagalan di hujung karier politiknya. Tak mustahil beliau akan bersara dalam keadaan yang memalukan.

“Bersatu sekarang ni tak lebih daripada perumpamaan orang yang dah mati, tapi belum disemadikan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Soalnya lagi, apa yang tinggal untuk Bersatu sekarang dengan kepimpinan dalaman dalam keadaan haru biru dan bercelaru.

“Muhyiddin? Sibuk dengan nostalgia jadi Perdana Menteri sementara. Hamzah? (Datuk Seri Hamzah Zainudin) tengah cari jalan nak ambil alih parti, tapi apa yang nak diambil sebenarnya kalau kapal tu dah karam?

“Kesian juga kat Azmin (Ketua Penerangan PN) yang kuat berkempen di Mahkota tapi akhirnya ke parit.

“Parti ni bagaikan rumah yang tunggu nak roboh tapi pemimpin-pemimpin dalamnya sibuk berebut serpihan kayu reput,” katanya.

Dakwa Nur Jazlan, keadaan dalam Bersatu itu juga membuatkan PAS mungkin melihat semula kerjasama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Parti itu sudah melihat semula berapa nilai Bersatu dalam PN sekarang ni dan sebab itulah mereka nak MN (Muafakat Nasional) dihidupkan semula.

“PAS dah tak perdulikan Bersatu yang dah tak bernilai sebab itulah Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang boleh selamba pergi ke Teheran (Iran)!ketika sekutunya, Bersatu sedang berperang di Mahkota,” katanya.

Terdahulu Muhyiddin selepas kekalahan calon PN berkata, langkah segera perlu diambil untuk memperbaiki prestasi parti susulan isyarat diberikan pengundi melalui keputusan PRK Mahkota.

Sambil menggesa semua pemimpin parti berkenaan berlapang dada menerima isyarat pengund, Pengerusi PN itu berkata pihaknya menghormati pilihan dibuat pengundi selaras semangat demokrasi. – 30 September, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related