Nak tengok Umno hebat? Tengok PRK di kerusi ‘6 jahanam’ bukan di Mahkota, kata Razali

Ini kerana Johor sememangnya kubu kuat Umno dan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Umno mendapat bantuan DAP

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya pilihan raya kecil di kerusi ‘6 jahanam’ atau enam kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu akan dapat mengukur kehebatan Umno, bukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris.

Menurut Razali ketika dihubungi Scoop, ini kerana Johor sememangnya kubu kuat Umno dan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Umno mendapat bantuan DAP.

“Itu sebab satu lawan satu. Kalau pertembungan tiga penjuru sudah pasti akan bagi saingan sengit kepada Umno, jadi Umno kena peluk erat lagi DAP kalau ada pertembungan tiga penjuru.

“Ada cara nak tengok Umno hebat, iaitu menerusi PRK di enam kerusi (bekas Ahli Parlimen Bersatu), kerana ia terletak di merata negeri, bukan di Johor,’’ katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Beliau mengulas sindiran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed secara sinis mengumpamakan Bersatu ketika ini tidak lebih daripada ‘orang yang sudah mati, tapi belum disemadikan’.

Malah Nur Jazlan turut menyifatkan kepimpinan dalaman Bersatu kini haru biru dan bercelaru manakala PAS pula mungkin memikirkan untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Pada 18 Julai lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat serta tidak perlu mengosongkan kerusi.

Ahli Parlimen terbabit, yang kini menjadi ahli bebas ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Mohd Aziz Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Keputusan PRK Mahkota pada Sabtu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti besar selepas memperoleh 27,995 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Mengulas lanjut, Razali menafikan hubungan dengan PAS sudah goyah sebaliknya masih kukuh dan berjuang bersama-sama atas nama Perikatan Nasional (PN).

“Kami berjuang atas nama PN, bukan Bersatu atau PAS. Cuma PN kena bekerja keras lagi dan kita sudah merancang strategi untuk menawan Johor,’’ katanya yang mensasarkan pengundi muda untuk PRU16. – 1 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related