Henti subsidi pendidikan kepada golongan kaya bergantung kepada Kabinet: Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, penekanan kerajaan pada masa ini adalah memastikan golongan T20 memikul tanggungjawab sosial dan moral untuk tidak mengeksploitasi subsidi kerajaan

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penghentian subsidi ke atas anak-anak golongan kaya di institusi pengajian tinggi awam hanya akan dilaksanakan jika diluluskan Kabinet, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

“Kita akan melaksaakan sekiranya satu keputusan Kabinet ditentukan, kita akan buat.

“Apa yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah agar tanggungjawab moral dalam kalangan golongan ini terhadap ruang dan peluang pendidikan adalah benar-benar difahami,’’ katanya yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024 di UiTM Shah Alam hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah memberi bayangan kerajaan bakal menilai semula peruntukan subsidi dalam sektor pendidikan yang selama ini dinikmati golongan kaya menjelang pembentangan Bajet 2025 yang dijadualkan bulan hadapan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, penekanan kerajaan pada masa ini adalah memastikan golongan berpendapatan tinggi (T20) memikul tanggungjawab sosial dan moral untuk tidak mengeksploitasi subsidi kerajaan.

“Perdana Menteri memberikan pandangan itu memandangkan bagaimana selama ini (subsidi pendidikan tinggi) diberikan secara pukal begitu sahaja tanpa menyasarkan kepada golongan yang berhak menerima khususnya melibatkan golongan B40 atau sebahagian M40.

“Saya fikir ini yang disebutkan sebagai prinsip keadilan sosial dan tanggungjawab moral bagi golongan berada ini… mereka tahu bahawa di sebalik keistimewaan (subsidi pendidikan) tempat ini (universiti) dan tahu bahawa sewajarnya bahawa anaknya tidak perlu mendapatkan keistimewaan,” katanya. – 1 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related