Tidak sambut salam Mat Sabu, CEO MadaCorp mohon maaf ‘saya terkedu dan terkhilaf’

Abdullah menerima kecaman selepas video yang memperlihatkan beliau seolah-olah tidak menyambut salam Mohamad Sabu ketika hadir satu program di Kedah, menjadi tular di media sosial

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas tular video Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd (MadaCorp), Abdullah Ismail didakwa enggan bersalaman dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, beliau hari ini tampil membuat permohonan maaf.

Abdullah menerusi satu kenyataan berkata, beliau sudah bersalaman dengan Mohamad sebaik menteri itu keluar dari kereta dan turut mengiringinya untuk bersalaman dengan pegawai lain.

“Oleh kerana saya telah bersalaman dengan beliau sebelum itu,saya jadi terkedu dan saya terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau.

“Justeru saya dengan rasa rendah diri mengakui kesilapan saya kerana tidak menyambut salam sekali lagi YBM KPKM dan ingin memohon maaf di atas salah faham yang telah berlaku,’’ katanya.

Semalam tular di media sosial apabila video yang memperlihatkan Abdullah seolah-olah enggan bersalaman dengan Mohamad ketika menghadiri Program Sentuhan Madani di Kedah, semalam.

Ia menyebabkan beliau menerima kecaman dan didakwa netizen sebagai biadap apatah lagi ketika itu Mohamad sedang meninjau keadaan pesawah yang terjejas dengan banjir di Kedah baru-baru ini.

Sementara Amanah Kedah pula dalam kenyataannya berkata insiden tidak bersalaman dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memperlihatkan tindakan tidak profesional serta tidak selari dengan etika profesionalisme yang mengutamakan sikap hormat-menghormati, kerjasama, dan komunikasi yang beradab.

“Jika terdapat perbezaan ideologi politik (ia) seharusnya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk saling menghormati antara satu sama lain, terutama dalam kalangan Melayu Islam.

“Orang Melayu kaya dengan adab dan tatasusila, oleh itu adalah penting untuk kita menggunakan nilai-nilai ini demi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu,’’ katanya. – 2 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

New beginnings: Sabah debuts its own MM2H programme

Move aims to attract retirees, expatriates, long-term residents amid disagreements with federal Tourism Ministry

Related