RUU Mufti akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua, ketiga di Parlimen: Na’im

Kabinet telah bersetuju agar RUU Mufti ini dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen kali ini

1:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, Kabinet telah bersetuju agar RUU Mufti ini dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen kali ini.

“RUU ini bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah yang dianjurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Putrajaya, hari ini.

RUU ini merupakan satu daripada tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam yang dibentangkan untuk tujuan pindaan.

Ia antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Bagaimanapun beberapa pihak membantah pembentangan RUU Mufti ini dengan alasan ia memberikan kuasa yang luas kepada individu yang tidak dipilih tetapi dilantik seorang menteri, selain mengawal rapi bagaimana umat Islam mengamalkan ajaran agama.

Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 juga didakwa sebagai autoritarianisme dan memberikan kekuasaan mutlak kepada Mufti.

Antara yang membantahnya ialah peguam hak asasi Latheefa Koya yang mendakwa RUU Mufti Wilayah Persekutuan itu akan mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

Dalam pada itu, Na’im turut memaklumkan RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini.

“Tiada perbentangan RUU 355 pada sesi Parlimen minggu depan, dan buat masa ini belum ada keputusan mengenainya,” katanya.

Pada Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata pindaan terhadap RUU 355 tidak akan dilakukan secara terburu-buru, sebaliknya perlu mempertimbangkan pandangan daripada semua pihak berkepentingan.

RUU 355 bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang kini terhad kepada denda maksimum RM5,000, penjara sehingga tiga tahun, atau sebatan enam kali, kepada bidang kuasa yang lebih luas mengikut syariah, kecuali untuk hukuman bunuh. – 11 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related