Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media & Komunikasi Strategik PMO

Menurut PMO, Shazalli yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri

3:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media & Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkuatkuasa semalam.

PMO dalam kenyataannya memaklumkan, Shazalli menggantikan Allahyarham Rozaid Rahman.

Menurut PMO, Shazalli yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.

“Beliau juga akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia Madani,’’ katanya.

Allahyarham Rozaid meninggal dunia pada 18 Ogos lalu akibat masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei tahun lalu. – 15 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related