Bekas COO MBI Selangor ditahan lagi, reman 7 hari: Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, bekas COO MBI terbabit ditahan semula hari ini berkait isu lain

1:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) ditahan reman sekali lagi hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan MBI.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki
berkata, Mahkamah Majistret membenarkan lelaki berusia 45 tahun itu direman selama tujuh hari.

“Dia pernah ditangkap sebelum ini tapi cuma dapat ditahan reman sehari. Hari ini, dia ditangkap sekali lagi atas isu lain (dalam kes berkaitan MBI,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, SPRM juga akan melihat kepada 20 projek pembangunan membabitkan MBI itu selepas menerima maklumat ada individu yang terbabit projek menerima suapan.

Namun Azam enggan mendedahkan nama projek yang terbabit.

Ditanya sama ada projek terbabit berkait dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau bagaimanapun memaklumkan setakat ini tidak.

Selain itu Azam berkata, susulan serbuan di enam lagi premis di sekitar Lembah Klang berkait siasatan rasuah konsesi pasir semalam, pihaknya menyita wang tunai RM600,000 yang disyaki untuk ahli politik yang terbabit.

“Kita juga sedang menyemak lima syarikat yang dikatakan mempunyai saham membabitkan beberapa individu, termasuk ahli politik yang dikaitkan dengan kes itu,” katanya.

Ditanya mengenai identiti ahli politik terbabit sama ada pemimpin dalam sebuah parti pembangkang, beliau bagaimana terus berteka-teki dan memaklumkan ‘dia boleh jadi sesiapa sahaja’.

“Saya tidak mahu komen mengenainya kerana dia boleh jadi sesiapa sahaja. Jadi, kita tunggu.

“Ada yang tanya bila dia akan dipanggil, saya cuma boleh kata tunggu kerja siasatan diselesaikan pegawai saya, selepas itu nak panggil siapa-siapa pun boleh,” katanya.

Terdahulu, dalam serbuan pertama di sebuah pangsapuri pada Ahad lalu, sejumlah wang asing bernilai kira-kira RM5 juta telah ditemui, yang didakwa dijadikan tempat simpanan atau ‘safehouse’ seorang ahli politik berpengaruh.

Dua suspek termasuk seorang bekas eksekutif kanan di MBI yang didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor ditahan.

Susulan serbuan terbabit, pada keesokannya SPRM telah menggeledah dua lagi premis di Lembah Klang yang dijadikan ‘safehouse’ dan merampas wang tunai berjumlah RM321,000. – 17 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related