Pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 bagi galak pemilikan rumah pertama: PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai sehingga RM7,000 diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai sehingga RM7,000
diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000.

“Pelepasan cukai sehingga RM5,000 diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.

“Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027,” katanya pada pembentangan Bajet 2025 hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM200,000 juta bagi kerja penyelenggaraan di kediaman strata kos rendah dan sederhana, termasuk mengantikan lif-lif yang berada dalam usang dan daif.

“48 buah Taman Awam Madani dinaik taraf meliputi kawasan rekreasi serta landskap serba indah di bandar dan pekan kecil dengan peruntukan hampir RM100 juta.

“Kampung Baru Cina diperuntukkan RM84 juta antaranya untuk menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti. KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) juga diberi tanggungjawab untuk menyelaras keperluan di perkampungan kaum India,” katanya. – 18 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related