Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1729345163:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 232420
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:172:"Mangsa pernah cuba melarikan diri dari perkampungan yang dihuni oleh remaja dan orang dewasa berusia lingkungan 13 tahun dan ke atas, namun berjaya ditangkap penghuni lain";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 105
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748390951";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748076809";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748390951
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Polis siasat dakwaan anak bekas pemimpin Al-Arqam dikurung, diseksa GISB | Scoop

Polis siasat dakwaan anak bekas pemimpin Al-Arqam dikurung, diseksa GISB

Mangsa pernah cuba melarikan diri dari perkampungan yang dihuni oleh remaja dan orang dewasa berusia lingkungan 13 tahun dan ke atas, namun berjaya ditangkap penghuni lain

9:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang dikatakan pernah menjadi mangsa penindasan serta dikurung ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah merakam keterangan wanita berusia 41 tahun itu di Balai Polis Kuala Sungai Baru, Melaka pada 24 September lepas bagi siasatan lanjut mengenai dakwaannya yang pernah dikurung di sebuah bilik di rumah amal milik GISB di Batu Hampar, Perak.

Beliau berkata wanita terbabit turut mendakwa dirinya dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin GISB sebagai isteri keempat di Jordan ketika dia sedang melanjutkan pelajaran dan menguruskan perniagaan keluarganya di sana.

“Kemudiannya, mangsa mendakwa dibawa ke Turkiye dan diperlakukan dengan kejam oleh ahli GISBH atas arahan suaminya sebelum dibawa lari ke Jakarta, Indonesia dan pulang ke negara ini selepas tempoh visanya tamat.

“Mangsa mendakwa dikurung di dalam sebuah bilik di rumah setingkat kira-kira sebulan yang hanya dilengkapi tilam, almari dan kemudahan elektrik serta tidak diberi kebenaran menggunakan telefon bimbit oleh empat lelaki yang juga pengikut GISBH,” katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata mangsa pernah cuba melarikan diri dari perkampungan yang dihuni oleh remaja dan orang dewasa berusia lingkungan 13 tahun dan ke atas itu, namun berjaya ditangkap penghuni lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa turut mendakwa dipisahkan daripada anak perempuannya yang ketika itu berusia sembilan tahun pada 2018.

Razarudin berkata mangsa yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik itu pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Taiping, Perak pada 2018 dan kini sedang mendapatkan bekalan ubat di Hospital Melaka.

“Laporan dan keterangan perubatannya sedang dalam proses perolehan.

“Mangsa juga akan hadir dan menunjukkan semula lokasi rumah dia dikurung esok bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan empat lelaki terbabit yang disyaki mengurung mangsa bagi membantu siasatan. – 19 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight hari of competition remaining before the closing ceremony on Oktober 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Muda’s asset rankings: Kalyana, Siva Prakash revealed as wealthiest candidates

Two of Muda’s candidates for the six state elections, Kalyana Rajasekaran Teagarajan and R. Siva Prakash, appear to have the most assets compared to other hopefuls from the youth-based party.

Related