DNB lantik Azman Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Kerjaya cemerlang Azman selama 36 tahun menyaksikan beliau menggalas beberapa peranan penting kepimpinan, terutamanya sebagai pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Malaysia Bhd

9:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Digital Nasional Bhd (DNB) melantik Datuk Azman Ismail sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya, berkuat kuasa 23 Okt, 2024.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kerjaya cemerlang Azman selama 36 tahun menyaksikan beliau menggalas beberapa peranan penting kepimpinan, terutamanya sebagai pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Malaysia Bhd.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau menerajui transformasi digital yang berkesan serta inisiatif pengurusan, yang bukan sahaja mendapat pengiktirafan meluas di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Pasifik, serta di pentas global.

“Dengan peranan baharunya di DNB, syarikat yakin pengalaman luas dan kepimpinan bernas beliau akan dapat memacu usaha DNB dalam fasa pembangunan seterusnya ketika syarikat terus memajukan penggunaan 5G Malaysia merentas pengguna, perusahaan dan perkhidmatan awam, dan menyokong transformasi digital negara,” katanya.

Sebelum ini, Azman juga merupakan pengarah urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan pada masa yang sama memegang jawatan pengurus besar perniagaan runcit, menyelia peruncitan petroleum Shell di Malaysia dan Brunei. – 22 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related