Wanita reka cerita dipaksa jadi pelacur oleh along dalam podcast di TikTok, didenda RM4,000

Timbalan Pendakwa Raya turut meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman setimpal ke atas tertuduh atas faktor kepentingan awam

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 26 tahun, yang membuat kenyataan palsu dipaksa menjadi pelacur oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along menerusi satu sesi audio siar (podcast) di laman sosial TikTok, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Nurul Suhaila Baharin ke atas Wan Ainsyatul Mime Wan Yuszaidi, 26, yang juga ibu kepada dua anak selepas dia mengaku salah atas tuduhan yang dibacakan.

Jika gagal membayar denda, majistret turut memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara sembilan bulan.

Dia dihukum di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman setimpal atas faktor kepentingan awam susulan kesalahan yang dilakukan telah menyebabkan kegentaran dalam masyarakat selain mengundang isu perkauman dan ketidakamanan dalam negara.

“Saya juga mohon hukuman dalam bentuk pengajaran kepada tertuduh supaya mesej sampai kepada orang awam supaya berhati-hati salur maklumat menggunakan media sosial serta tidak mencontohi kesalahan tertuduh,’’ katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.

Peguam, Naqieya Zulkernain dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili Wan Ainsyatul Mime.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tu di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, Butterworth dekat sini, jam 3.30 petang pada 26 Julai lalu.

Sebelum ini satu sesi audio siar berdurasi enam minit 45 saat tular di media sosial yang mendakwa seorang wanita berusia 26 tahun kini berada di Pulau Pinang dan dipaksa menjadi pelacur sejak Februari lepas setelah bapanya berhutang dengan along.

Dalam sesi itu, wanita terbabit menghubungi pengendali audio siar berkenaan ketika siaran langsung di TikTok dan mendakwa bapanya berhutang RM20,000 dengan along sebelum dia dijadikan pelacur oleh sindiket itu bagi membayar hutang.

Wanita itu turut mendakwa bapanya meletakkan nama ibu serta mereka sekeluarga sebagai penjamin pinjaman dan dia bertindak menghubungi sesi audio siar itu bagi memohon pertolongan daripada individu di dalam podcast berkenaan untuk menyelamatkannya.

Berikutan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan dan mengesahkan kisah tersebut adalah tidak benar. – 25 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related