Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1730020389:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 233387
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:152:"Perdana Menteri berkata perkara itu dikongsi oleh Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali dalam pertemuan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => BRICS
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 108
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752201004";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752201004
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan padu anggotanya, termasuk India, China: PM | Scoop

Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan padu anggotanya, termasuk India, China: PM

Perdana Menteri berkata perkara itu dikongsi oleh Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali dalam pertemuan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam

4:23 PM MYT

 

KUALA KANGSAR – Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanya termasuk Rusia, China dan India semasa mesyuarat lapan negara asas BRICS.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dikongsi oleh Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali dalam pertemuan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.

“Beliau (Abiy) kata dalam mesyuarat lapan negara asas itu yang dipengerusikan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, (yang turut) dihadiri Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri India Narendra Modi, negara pertama yang diusulkan ialah Malaysia.

“Putin cadang, sokongan kuat dan padu oleh negara China, India, Brazil, Ethiopia dan Afrika Selatan…terus tiada soal, mereka terima Malaysia sebagai anggota BRICS yang baharu, ada negara-negara lain yang ditangguhkan,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Padang Rengas di Dataran Arena Square Pekan Isnin, Padang Rengas di sini, Ahad.

Anwar berkata Abiy turut memberitahu bahawa imej Malaysia sangat baik kerana daripada lebih 30 negara yang memohon untuk menyertai BRICS, Malaysia ialah antara yang berjaya menyertai blok itu.

Khamis lepas, Bernama melaporkan Malaysia kini diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.

Memetik kemas kini oleh @BRICSInfo menerusi platform media sosial X, blok itu secara rasmi menambah 13 negara baharu kepada pakatan itu sebagai negara rakan, walaupun belum lagi sebagai ahli penuh.

Selain Malaysia, 12 negara lain adalah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Sebagai rekod, pada 28 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia telah mengemukakan permohonan kepada Rusia untuk menyertai pertubuhan antara kerajaan BRICS.

BRICS, yang pada asalnya merangkumi Brazil, Rusia, India, dan China, ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi yang sedang membangun, dengan penyertaan Afrika Selatan pada 2010.

Blok itu telah berkembang dengan meliputi Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.

BRICS  mewakili kira-kira 40% daripada populasi global dan secara kumulatif menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$26.6 trilion (RM115.4 trilion) atau 26.2 peratus daripada KDNK dunia, hampir menyamai kekuatan ekonomi kumpulan G7.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selain itu, Malaysia kini dianggap hab utama semikonduktor dan berjaya menarik pelbagai pelaburan daripada kalangan syarikat utama dunia, disokong oleh kestabilan politik dan dasar jelas negara. – 27 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective Ogos 30

Related