Misteri penemuan dokumen Malaysia di sebalik konflik Ukraine: kedutaan, Wisma Putra cari jawapan

Wisma Putra memaklumkan ia tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut buat masa ini

11:44 PM MYT

 

Scoop-stamp-1-2

KUALA LUMPUR – Pelbagai soalan tercetus kemungkinan seorang lelaki dari Perlis terlibat dalam konflik Rusia-Ukraine susulan dakwaan penemuan dokumen pengenalan Malaysia oleh tentera Moscow di sebuah kubu kuat tentera Ukraine.

Semalam, gambar lesen memandu rakyat Malaysia dimuatnaik dalam telegram milik kumpulan pro Rusia dengan keterangan ia adalah `trofi perang’ yang diperolehi oleh askar Rusia di pangkalan Ukraine, di rantau Zaporizhia.

Menerusi gambar berkenaan, dipercayai lesen memandu percubaan (lesen P) adalah milik seorang pemuda berusia 20 tahun, yang beralamat di Padang Besar, Perlis.

Pemerhatian lanjut mendapati individu yang tertera pada lesen itu sama seperti nama seorang lelaki yang pernah menuntut di sebuah sekolah swasta di Perlis.

Dalam pada itu, gambar lain yang dikongsi di kumpulan Telegram itu menunjukkan Mykad bersama pasport dari beberapa negara.

Bagaimanapun, maklumat lanjut pada kad pengenalan itu tidak dapat dilihat, justeru tidak dapat ditentukan sama ada ia milik individu yang sama dari Perlis. 

Dalam pada itu, Kedutaan Ukraine memberitahu Scoop bahawa mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dan menyatakan gambar yang datang dari sumber Rusia tidak boleh dipercayai.

Sementara itu, Wisma Putra menyatakan ia tidak dapat mengesahkan maklumat berkenaan.

“Buat masa ini, kami tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Adalah diingat bahawa keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah tanggungjawab individu.

“Walaupun Malaysia bersedia untuk menyediakan perkhidmatan konsular, rakyat mesti memastikan mereka mengambil langkah untuk kekal selamat,” katanya dalam satu kenyataan. – 29 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related