Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1733382471:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 129
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 233817
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:97:"Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan 4 Disember depan bagi pendengaran permohonan berkenaan itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752184499";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752184499
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

)
CEO GISB, isteri fail habeas corpus cabar penahanan bawah Sosma | Scoop

CEO GISB, isteri fail habeas corpus cabar penahanan bawah Sosma

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan 4 Disember depan bagi pendengaran permohonan berkenaan itu

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings, Datuk Nasiruddin Mohd Ali memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Permohonan bagi mencabar penahanan salah itu difailkan bersama isterinya, Datin Azura Md Yusof, 57, dan Mohamad Suhaimi Mohd Sani, 28.

Nasiruddin, 67, Azura dan Suhaimi selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pendakwa Raya, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur serta Kerajaan Malaysia, sebagai responden.

Permohonan difailkan barisan peguam diketuai Datuk Rosli Kamaruddin, Najib Zakaria, Boestamam Ahmad dan Dorina Abdullah.

Berdasarkan permohonan itu, perintah supaya writ habeas corpus dikeluarkan bagi membebaskan pemohon daripada tangkapan dan penahanan tidak sah oleh responden, selain pemohon perlu dibawa ke mahkamah secepat mungkin.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan 4 Disember depan bagi pendengaran permohonan berkenaan bagi membolehkan peguam mewakili pemohon dan responden memberikan hujahan masing-masing.

Turut hadir pada prosiding hari ini adalah tiga peguam mewakili Majlis Peguam Malaysia, iaitu R Jayabalan, Fadhil Ihsan Mohamad Hassan dan Khairul Azwad, yang memantau bagi kepentingan awam.

Mohamad Suhaimi dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi mengikut Sosma, petang ini.

Pada 23 Oktober lalu, Nasiruddin, Azura dan Suhaimi didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang mengikut Akta 130V (1) di Mahkamah Sesyen Selayang.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka dan kesemua 19 individu lain kerana kes itu mengikut SOSMA yang berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kesemua 13 lelaki dan sembilan wanita berkenaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di 33-B, Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes Rawang, antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Sementara itu, Rosli berkata, permohonan sama akan difailkan di Selangor dan Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

“Kita failkan bermula di Johor Bahru kerana siasatan membabitkan juga kes-kes di sini dan premis perniagaan yang disiasat, antaranya berada di Johor Bahru.

“Ini adalah hak tertuduh bagi mempertikaikan penahanan yang dibuat, begitu juga akan ada permohonan bagi mempertikaikan tuduhan di bawah jenayah terancang.

“Ada beberapa afidavit lagi akan difailkan bagi menyokong permohonan habeas corpus sebelum pendengaran kes bersambung pada 4 Disember ini,” katanya. – 30 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

E-hailing driver lured to palm plantation before being murdered, prosecution reveals

The prosecution in the trial of six policemen and a civilian who are charged with killing an e-hailing driver will adduce to show that the murder took place on January 13, 2023, where the deceased was lured out of a hotel in Tawau and ordered to drive with others in a car to an oil palm plantation where he was killed.

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Gobind calls for new laws to hold platform owners responsible after Esha’s tragic death

Minister emphasises urgency of addressing cyberbullying, stressing need for immediate and firm action in such cases

Related