Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di KL, 11 negeri

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 11 negeri dan ibu negara hingga pukul 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan 3.30 petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Bagi Pantai Timur pula, negeri terbabit ialah Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang manakala Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Melaka, Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). 

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod).

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – 31 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related