Khazanah perjelas penjualan saham FashionValet: pandemik, aliran tunai antara sebab

Khazanah berkata pelaburan itu sebagai komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan memacu syarikat peringkat awal yang berpotensi.

12:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cabaran untuk mengembangkan perniagaan ketika pandemik Covid-19 memaksa FashionValet mengalihkan fokusnya daripada platform e-dagang untuk produk Asia Tenggara kepada mempromosikan jenama dalamannya, dUCk dan Lilit, kata Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Meskipun Khazanah tidak menyebut pemiliknya, dUCk dan Lilit adalah jenama fesyen yang diasaskan oleh pempengaruh media sosial, Datin Vivy Sofinas Yusof.

Dalam satu kenyataan, Khazanah menjelaskan ia memperoleh pegangan 9% dalam FashionValet pada 2018 dengan harga RM27 juta, antara lain, sebagai komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan memacu syarikat peringkat awal yang berpotensi.

“Pada masa itu, Syarikat (FashionValet) adalah platform e-dagang fesyen tempatan yang berpotensi, dengan lebih 400 jenama dan 15,000 produk di platformnya serta menjangkakan pertumbuhan pendapatan sekitar 60% setiap tahun,” katanya.

Bagaimanapun, Khazanah berkata, fokus FashionValet kepada jenama dUCk dan Lilit, adalah usaha syarikat untuk mengekalkan margin operasi dan aliran tunai.

“Syarikat juga mengambil langkah untuk merasionalkan kos dan menyelaraskan operasi tetapi terus menghadapi cabaran termasuk bagi mendapatkan modal dalam keadaan persekitaran yang sukar pada tahun 2022-2023,” kata kenyataan itu.

Pada akhir 2023, kerana keperluan mendesak FashionValet untuk mendapatkan dana bagi meneruskan operasi, Khazanah menerima tawaran daripada NXBT Partners untuk menyuntik modal dan memperoleh pegangan sedia ada.

“Ini mewakili jalan keluar yang bertanggungjawab untuk memindahkan pemilikan kepada pihak yang dapat membantu mendorong FashionValet ke arah trajektori pertumbuhan yang baharu,” tambah Khazanah.

Terdahulu Pengasas FashionValet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mengakui bertanggungjawab terhadap kegagalan platform e-dagang itu.

Pengakuan ini dibuat ketika Khazanah dan PNB berdepan kritikan terhadap pelaburan masing-masing berjumlah RM27 juta dan RM20 juta dalam FashionValet.

Vivy dan Fadzaruddin juga mengumumkan keputusan untuk berundur dari FashionValet dengan menyatakan ia adalah demi kepentingan terbaik syarikat itu, untuk menjalani perubahan kepimpinan di tengah-tengah usaha berterusan untuk menstabilkan perniagaan.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB entiti menjual pegangan RM47 juta hanya untuk RM3.1 juta, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai kerana ia melibatkan dana awam.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut kementerian itu.

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related