Kartel baja: 2 bekas pengurus pertubuhan badan awam direman

Kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 8.30 malam Sabtu ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Cyberjaya bagi dirakamkan keterangan

6:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam, masing-masing direman selama tiga dan empat hari berhubung siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Perintah tahanan reman sehingga 6 November itu dikeluarkan oleh Pendaftar, Syahrul Sazly Md Sani terhadap kedua-dua suspek selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 8.30 malam Sabtu ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Cyberjaya bagi dirakamkan keterangan.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terkini terhadap kedua-dua suspek.

Katanya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, SPRM turut menahan seorang eksekutif pemasaran dan dua lagi individu termasuk pengerusi syarikat warga asing berhubung kes kartel pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan, bernilai RM1.8 bilion. – 3 November, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related