Malaysia bawa mandat ke Riyadh, hentikan kekejaman ke atas Palestin

Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membawa suara Malaysia berhubung genosid dilakukan Israel menerusi Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam yang dijadualkan di Riyadh, pada 11 November ini

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membawa mandat dan suara Malaysia berhubung kekejaman dan tindakan keras ke atas Israel menerusi Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam yang dijadual berlangsung di Riyadh, pada 11 November ini.

Perdana Menteri menerima jemputan itu Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan ia adalah penting bagi Malaysia dan antarabangsa mengutuk jenayah genosid serta memberi tekanan kepada Israel untuk melaksanakan gencatan senjata segera selain membenarkan kemanusiaan dilaksanakan segera.

“Kehadiran kita akan beri gesaan supaya keputusan lebih berkesan dan tindakan susulan akan lebih bermakna bagi pembebasan Palestin.

“Kehadiran saya juga untuk membawa mandat Malaysia termasuk isu seperti pencerobohan dan pemusnahan pusat-pusat ibadah di Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT), serangan terbuka ke atas wilayah di Lubnan serta Iran, termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar.

“Persidangan ini juga akan membincangkan permasalahan semasa dihadapi oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), berikutan keputusan rejim Israel mengharamkan operasi pertubuhan bantuan kemanusiaan tersebut pada 28 Oktober baru-baru ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan mengenai isu Palestin di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 28 Oktober lalu, Parlimen Israel meluluskan undang-undang mengharamkan UNRWA daripada beroperasi di Israel, sekali gus menjejaskan bantuan kemanusiaannya di Palestin dengan alasan ada beberapa pekerja UNRWA terlibat dalam serangan pada 7 Oktober 2023 di selatan Israel.

Larangan berkenaan akan memberikan ‘tamparan’ kepada kerja-kerja bantuan kemanusiaan oleh agensi di bawah PBB itu terhadap pelarian Palestin, selama lebih tujuh dekad.

Perdana Menteri turut memberi jaminan Malaysia sebagai sebuah negara bebas dan merdeka, berdaulat serta mempunyai prinsip dan pendirian akan terus menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin.

Mengulas lanjut Anwar berkata, kegusaran Malaysia ialah tindakan kejam Israel tidak akan berlaku tanpa dukongan daripada Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

“Kita akan bincang pelan tindakan mengenai langkah konkrit ke arah mencapai kemerdekaan mutlak Palestin dalam tempoh yang munasabah. Ini bermakna menghentikan penjajahan, keganasan, kezaliman dan pembunuhan beramai-ramai.

“Sokongan berterusan Malaysia terhadap UNRWA ini agak kritikal dan kita juga mendapat penghargaan daripada Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini yang dizahirkan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dalam sidang PBB lepas dan memohon kerjasama ini dapat ditingkatkan,” katanya.

Perdana Menteri, kekejaman Israel ke atas Gaza sejak konflik bermula pada Oktober 2023 sehingga 1 November lalu, seramai 43,204 rakyat Palestin, termasuk 16,500 kanak-kanak terkorban.

“Seramai 101,641 rakyat Palestin pula dilaporkan cedera, manakala 11,000 orang lagi dilaporkan hilang. Secara purata 118 rakyat Palestin terkorban dan 277 lagi cedera setiap hari sejak Oktober 2023.

“Situasi di Gaza malangnya terus meruncing dan seperti mana saya tegaskan kerana keganasan itu tanpa henti with impunity, dengan izin, dan dengan dukungan langsung dan tidak langsung dari negara-negara sekutu Israel,” katanya. – 4 November, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related